Hasil Menabung Duit Syiling Di Pejabat

Friday, January 13, 2017

Petang ni feeling free nak kira berapa jumlah duit syiling yang berjaya disimpan di ofis. Kalau kat rumah memang banyak la sebab masuk tabung anak-anak. Ini yang sendirian berhad punya. Haha tak banyak pun.

Ini untuk melatih diri menabung sebab memang duit tak lekat sokmo. Haha. Ada je duit ada je benda nak beli kan.


Taraaa. Ini adalah jumlah yang berjaya di simpan. 


Banyak yang warna emas kan. Mula-mula plan nak simpan yang warna emas je tapi bila dompet dah banyak duit syiling. Berat nak bawak simpan la sekali dalam ni. Hasilnya ada jugak.

Orang kata sikit-sikit lama jadi bukit. InshaAllah lepas ni kalau dah penuh boleh la buat apa-apa atau simpan dalam bank. Ahaks.

Semoga tahun ni bos naikkan gaji kami semua pekerja yang berdedikasi ini. Bila dapat gaji lebih maka tabungan pun inshaAllah akan lebih.

2017 ni harap-harap hidup lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Abang Aus dah bersekolah dan Adik Rayyan dan 2 tahun. 

Menabung untuk masa depan anak-anak.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.