Kembali Kerja Setelah 5 Hari Cuti Abang Aus Sunat

Monday, December 16, 2019
Lama jari jemari ni tak menari di keyboard pc. Hari ni kembali depan pc sebab masuk kerja. Kat rumah mak mertua ada je pc adik ipar. Boleh jer guna tapi bila dah duduk rumah rasa macam tak cukup masa.

Kita sorang uruskan anak-anak sebab suami kena outstation Kota Bharu. Lambat lagi nak balik. Huhu nasib baik ramai yang bantu. Allah bantu dengan cara macam tu. Apapun tetap bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan.

Hari ni dah mula kerja. Bingung rasa sebab 5 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Cuti sebab jaga Abang Aus bersunat. Abahnya balik kejap je untuk urusan sunat lepas tu terus pergi balik Kota Bharu. Tinggal ummi dan anak-anak untuk uruskan anak. Takpelah ada mak ayah mertua dan adik beradik ipar duai banyak tolong. Ummi tak keseorangan. Alhamdulillah.

Kalau ummi sorang, pening jugak. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Hari ni dah hari yang ke 6 Abang Aus berpantang. Ummi tinggalkan tadi dia belum bangun. Call rumah tanya opah dia semua okey.




5 comments:

  1. alhamdulillah. semoga semuanya dipermudahkan. aamiin ^_^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, moga cpt sihat dan cergas semula lah buat abang Aus tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan๐Ÿ˜Š. Biasanya kalau cuti lama memang blur sikit first day masuk keje, hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.