Bila Boss Kami Dah Nak Bersara

Tuesday, January 14, 2020
Semalam dapat berita sedih dari boss Kak Feni. Sebenarnya dia cakap pun slow-slow jer dengan Kak Feni. Dia cakap akan cuti terus lepas Tahun Baru Cina ni. Jadinya lepas tu dah tak masuk dah.

Perasaan Kak Feni masa tu ? Agak sedih jugak sebab dia yang interview Kak Feni masa Kak Feni nak masuk kerja dulu. Kak feni bawah dia. Banyak yang Kak Feni belajar dengan dia. Sedih wei bila boss yang boleh lepak makan sekali nak retired. Adussss sob sob sob.

Macam-macam yang berputar di kepala ni. Lepas ni siapa aku nak refer bila ada masalah ? Siapa nak take over kerja dia ? I'm still shocking. Takpelah mesti ada hikmah apa yang berlaku.

Kak Feni mula masuk CSSB tahun 2013, jadi dah nak masuk 8 tahun kerja sini. Dan dialah superior Kak Feni. Daripada kosong tak tahu apa-apa pasal property dengan dia dan company nilah Kak feni belajar.

Apapun hidup mesti diteruskan. Kalau jumpa dimana-mana inshaAllah akan terus bertegur sapa. Dia seorang boss yang baik dan mudah untuk dibawa berbincang. Walaupun kita berlainan agama, semoga boss terus sihat dan bahagia dengan keluarga.


Scroll Fesbuk jumpa gambar lama kami tahun 2017. Masa ni Nadia ada sini lagi. Kami pergi jalan kaki makan di kedai bawah pokok. Lama dah tak pergi sana. Huhuhu

Sejak Nadia pindah tempat kerja. Kami betul-betul jarang keluar makan. Kalau tak ada jer port nak melepak. Haha semuanya tinggal kenangan.


Ni small celebration for my boss birthday awal tahun hari tu. Tahun depan dah takde celebration besday untuk Mr. Jeffry dah. Hehe terlalu banyak yang manis kalau nak share tapi takpelah biarlah dekat dalam ingatan saja.

Hargailah apa yang ada didepanmu. Hiduplah dengan bahagia. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja.

12 comments:

  1. berapa umur boss kak feni ni? nampak muda je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dah lebih 50 tahun tu. Tapi awet muda sungguh. Dia selalu marah kak feni kalau makan banyak. Suruh exercise lah. Naik tangga turun tangga. Kenangan semua tu.

      Delete
  2. Semoga tak put us hubungan.

    ReplyDelete
  3. hai , salam perkenalan , datang singgah dan follow , jom follow sys balik https://bondayana393.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti kak feni pasti akan jejak dan follow

      Delete
  4. Semoga dapat bos baru yg baik spt Mr Jeffry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Nak survey kerja baru pun macam samar-sama je ni.

      Delete
  5. nampak muda lagi boss kak feni nih, dia ada nk buka bisnes lain ke camne? mula-mula ingatkan yang mana satu nk bersara nampka muda semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya awet muda kan dia ? haha selalu makan sayur dan buah jer. Kalau kami makan nasi dia terkejut sebab boleh makan nasi di pagi hari. Haha

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.