Open Travel To Bali Indonesia

Monday, January 06, 2020
Hari ni pegang lepas pegang lepas handphone. Rasa nak menaip tapi tak tahu nak taip apa.

Tiba-tiba wasap masuk menderu. Ingatkan dari customer rupanya dari kakak Kak Feni. Maklumlah PA yang tak bertauliah ni lah selalu kena setelkan kerja dia. Dia macam slow sikit bab-bab nak booking tiket nak survey tiket flight ni.

Sejak kami berdua join travel agent ni alhamdulillah banyak juga rezeki masuk. Kak Feni uruskan bahagian tiket dan tentative atau itinerary. Dia pulak cari customer.

Kak Ani dah lama join. Kak Feni baru setahun. Masih banyak yang kena belajar tapi bila ada sahabat tanya pasal nak booking tiket, kalau free boleh jer Kak Feni bantu. InshaAllah bila kita mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan kita. Anggap ini adalah amal jariah kita.

Pertengahan bulan Mac nanti Kak Ani akan bawa rombongan ke Bali Indonesia. Setakat ni dah ada 20 orang peserta dari Pantai Timur. Alhamdulillah rezeki Kak Ani sebab selalu travel dan dia sendiri akan turun bersama peserta. Jadi orang mudah percaya dengan dia.

Kak Feni pun tak pernah sampai lagi ke Indonesia. InshaAllah tahun ni akan sampai sempena azam 2020. Nak bawa semua kalau boleh.

Jom siapa nak join trip ke Bali Mac 2020.


Status wasap semalam. Hari ni nak cukupkan lagi sampai 22 pax. Jom-jom!

Siapa nak boleh terus direct wasap Kak Honey atau Klik Sini.


4 comments:

  1. Menariknya jadi travel agent. Sebelum ni pernah terfikir juga nak join jadi agen, tapi tak tau nk mula dari mana 😅. Semoga azam 2020 Kak Feni dipermudahkan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni terjoin sebab ikut Kakak sebenarnya. Kena bayar juga la nak join tu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.