3 Simple Rules In Life

Friday, January 28, 2022

Bulan ni tak start meniaga apa. Hanya jadi personal shoper yang pendapatannya ikut nasib haha. nasib baik ada kerja hakiki. Tapi tulah soal rezeki ni. Kita serahkan pada Allah saja. InshaAllah akan baik-baik saja.


Nak cerita pasal hilang arah hilang punca. Hari-hari hilang arah hilang punca. Tapi teruskan lah dengan apa yang ada. Rezeki serahkan pada Allah. Kita tak cari pun kadang-kadang dia datang sendiri. Dan rezeki ni bukan hanya pada duit.


Kalau kita muhasabah diri kita ni. Kita ni nak macam-macam sampai lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang ni. Kita nak tu kita nak ni. Kita pulun kejar apa yang kita nak. Sedangkan nikmat yang kita ada sekarang ni yang perlu kita syukuri. Allah pun dah janji, kalau kita bersyukur nescaya Dia akan tambahkan nikmatnya. InshaAllah.


Nak jadi orang yang tenang buat je apa yang Allah suruh. Ujian tanda Allah sayang. Allah tahu kita mampu. Kita hamba perlu bersyukur dan nikmati apa yang kita ada hari ini. 


3 Simple Rules In Life


1. If you don't go far after what you want, you'll never have it.

2. If you don't ask, the answer is always no.

3. If you don't step forward, you're always in the same place.


Nak berjaya kena usaha. Kena buat dan teruskan sampai masanya. Kalau kita putus asa hari ni. Sampai bila-bila pun kita takkan berjaya. Kadang-kadang benda kecil yang kita lakukan hari ni akan jadi lebih besar suatu hari nanti.


Selagi kita diberikan peluang dan waktu. Sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan semuanya.

 

Jangan lupa untuk jadi hamba yang bertakwa untuk ke syurga Allah.

3 comments:

  1. nak dapat duit lebih usaha pun kene lebih... kan kak Feni?

    ReplyDelete
  2. kekdang tu kita rasa dah berusaha lebih tapi tak dapat apa yang kita harapkan tu yg buat kita patah semangat. Apa yang penting kena berusaha dan berdoa, berbuat baik dengan ikhlas dan jangan patah semangat..InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. untuk dapat langkah pertama itu yang mencabar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.