Bila Lift Office Rosak

Tuesday, January 25, 2022



 

Hari ni awal masuk opis. 9.30 dah sampai lobby. Sampai tengok ramai orang beratur sampai jalan raya. Eh kenapa ramai ni ? Rupanya beratur tunggu lif. Lif buat hal pagi ni. Okey fine beratur jelah sebab nak naik kan.


Jumpa Kak Nora yang kerja sama level. Dia ajak naik tangga dari tingkat 6 tumpang kereta Kak Sundri. Kak Feni tak kuasa nak naik tangga sebab perut tengah meragam. Sakit ari-ari takleh nak gegan-genan.


Makanya beratur lah Kak Feni menunggu turn dapat naik lif. Masa nak naik tu lif yang beroperasi 3 lif. Alhamdulillah selalunya 2 je. Sebab ramai orang management buka 3. Yela semua dah lambat masuk opis kan.


Naik atas alhamdulillah memang tak turun dah la. Tunggu lunch hour sebab nak hantar dokumen untuk boss di bawah. Kalau saja-saja nak turun memang tak lah. Penat je naik turun naik turun. Pagi ni sarapan air nescafe panas dengan kek je. Apa yang ada kat atas ni.


Botol air panas pun dah takde kat opis ni. Hari tu bawa balik. Kena banjir habis kena campak buang. Ni nak kena order baru. Ujian ni buat kita jadi lebih kuat. Allah !



Cuaca sekarang ni. Hujan lebat di opis ni. Allah bila hujan turun rasa takut dan fobia pun ada sebab air boleh naik bila-bila masa. Tapi kita serahkan semuanya pada Allah. InshaAllah yang baik-baik saja. 


Berbalik kepada kisah lif di opis Kak Feni ni. Sejak banjir 18/12/2021 yang rumah Kak Feni macam kena tsunami, opis di KL pun banjir. Air masuk dalam lif bawah tu. Jadi 2 minggu management tutup opis. Lif takde, elektrik takde. Kalau siapa yang ada hal urgent kena naik tangga dan bawa touch light.


Kak Feni masa tu dok berkemas rumah yang tak siap-siap lagi sampai sekarang. Haha 


Ni boleh duduk dan hadapi hari-hari mendatang ni pun alhamdulillah. Syukur sangat. Bak kata orang mula hidup baru. Barang rumah habis. Baju dan peralatan rumah pun banyak orang bagi sumbangan. Periuk nasi, kettle, baju, makanan dan keperluan semua dapat sumbangan. Alhamdulillah.


Sekarang ni fokus kerja dan mulakan hidup baru. Kumpul balik apa yang dah hilang. InshaAllah kita semua mampu menghadapinya.

5 comments:

  1. semoga Allah permudahkan lagi urusan hari esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni alhamdulillahtak ramai masa sampai tadi

      Delete
  2. Kalau semua lift rosak terpaksalah menangga untuk ke atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah nak sampai tingkat 13 tu ya ampun semput setengah hari

      Delete
  3. dugaan sungguh ya, rumah kene banjir opis yang tengah bandar pun kene banjir.. lama jugak tu sampai 2 minggu tutup. Kalau kedai makan macamne lah tu kan habisla rosak barang dalam peti ais

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.