PMS Mengganggu Emosi Wanita
Premenstrual Syndrom (PMS) adalah sindrom yang sering dialami oleh wanita dan remaja wanita beberapa hari sebelum datang haid. Sindrom ini menyebabkan perasaan seseorang tidak keruan. Ini menyebabkan keadaan seseorang itu lebih sensitif ketika sedang mengalami PMS.
Tidak semua wanita mengalami simptom PMS. Kebanyakan wanita dan remaja yang mengalami perubahan badan dan sikap atau perasaan beberapa hari sebelum kedatang haid. Simpton ini akan hilang setelah datang haid. Ketika ini mereka akan mengalami perubahan perasaan menjadi seorang pemarah dan sangat sensitif dengan perkara yang lebih kecil.
Ada juga wanita yang mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan iaitu di otot dan payudara apabila disentuh. Ada juga mengalami keadaan "mengidam' untuk makan makanan yang diingini.
Salah satu faktor yang menyebabkan PMS adalah ketidakseimbangan hormon. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan PMS.
Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian boleh membantu mengurangkan gejala PMS. Mengambil vitamin B tambahan seperti B-Complex sepanjang tempoh PMS. Wanita juga disarankan supaya melakukan senaman semasa proses PMS seperti berjalan, berlari atau berenang untuk mengurangkan gejala PMS.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !