Semoga Yang Datang Baik-baik Saja

Thursday, December 10, 2020

Bulan ni gaji lambat masuk. Tapi tetap bersyukur sebab tetap masuk cumanya segala bayaran installment tergendala la. Kalau bayar lambat ni kena penalty. Nasib baik ada duit sikit-sikit buat rolling. Apapun alhamdulillah.


Orang kata duit bisnes tetap duit bisnes tapi bila dah keadaan macam ni terpaksa guna juga lah modal bisnes nak pusing modal. Huhu. Nasib ada duit bisnes boleh buat pinjam-pinjam. Dapat gaji boleh bayar balik.


Kalau yang jenis harap gaji semata-mata memang sakitlah. Itu pengalaman Kak Feni. Tak tahu orang lain macam mana. Nak buat macam mana kita gaji kecik. Duduk pulak bandar macam ni. Memang tak boleh berjimat dan memang kena buat 2 3 kerja dalam satu-satu masa. Alhamdulillah rezeki tu ada sokmo.


Selagi Allah bagi kudrat kesihatan yang baik ni. InshaAllah nak usaha yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Banyak dah menyusahkan orang lain selama ni. Kalau boleh biarlah kita pulak yang tolong orang. 



Semoga yang datang kepada kita baik-baik saja. Stay positif walaupun seribu dugaan yang mendatang.

8 comments:

  1. Berusaha selagi terdaya. Itulah tidak suka hendak susahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Saya pulak bulan depan gaji lambat.Sebab dah tau bulan depan gaji lambat , terus selesaikan bil bulan ni dan bulan depan sekali gus.Kerja dari rumah ni , susahnya gaji tak tetap. haha..Tapi saya bayar bil unifi je. yang lain suami la bayar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha untunglah boleh setel awal. alhamdulillah kami ni. gaji pun ngam bayar hutang. hehe apapun tetap bersyukur.

      Delete
  3. betul tu dik, akak ni nasib keje gomen gaji sentiasa ontime.... kalau gaji memang kene setel segala utang, kalau kebetulan dpt gaji awal akan mintak suami simpankan sebab kalau letak dalam akauan akak.. takut habis buat beli online je hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tula kak. Saya pun bukan boleh duit ada lebih sikit. Mulalah ushar tu ushar ni. Pastu terbabas beli. Pastu menyesal pastu ketar kepala pulak nak kumpul duit. Haduiii dugaan betul.

      Delete
  4. sama kite sebab duduk bandar.. semua mahal.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kalau harapkan 1 keje memang tak merasa nak mewah sikit. Tapi tulah rezeki ada je untuk orang berusaha.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.