PKP Bersambung Lagi ?

Sunday, June 27, 2021

Hari ni terlalu ramai orang yang sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh PM kita. Dah hampir sebulan Kak Feni work from home. Esok 28 haribulan, PM akan umumkan yang PKP ni sambung atau tidak. Seperti biasa ramai yang menjangkakan PKP ni akan bersambung episod ke episod.


Kak Feni pun tak tahu dah nak cakap macam mana namun tetap bersyukur sebab masih punya kerja dan punya gaji walaupun gaji kadang-kala tak on time. Tak mengapalah sebabnya sekurang-kurangnya aku masih punya gaji. Masih boleh selesaikan segala komitmen bulanan.


Allah, sembuhkanlah bumi ni. Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Jauhkanlah kami dari api neraka Mu. Ujian ni sebenarnya tanda Allah sayangkan hambaNya. Dia hantar ujian supaya kita sentiasa ingat pada Yang Maha Kuasa. Terima kasih ya Allah kerana masih menjaga iman kami.


Allah uji manusia itu sesuai dengan kemampuanNya. Semuanya dengan izin Allah belaka.


Kadang-kadang takut nak buka media sosial sekarang ni sebab selalu muncul mereka yang terdesak dalam hidup sampai ambil jalan mudah dengan membunuh diri. Allah nauzubillahiminzalik. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perkara seperti itu. Jagalah iman kami ya Allah sesungguhnya kami insan yang lemah.


Ramai yang tertekan dengan keadaan semasa. Kita dah lalui PKP ni dah hampir 2 tahun. 2 tahun dah tak dapat balik kampung berhari raya dengan keluarga. Allah, kami sangat rindukan keluarga kami. Pulihkanlah negara kami sebab kami nak balik kampung nak jumpa keluarga kami.


Allah.

1 comment:

  1. kesian bila pkp kene sambung lagi, banyak yang terjejas, ramai yang kesempitan, kes bunuh diri semakin banyak, rakyat yang tiada kerja terkesan. Sepatutnya dari awal kita dah buat total lockdown tak payah tunggu kes tinggi macamni, lepas tu dengan banyak sektor masih buka macam kilang dan pembinaan, itu yang kes susah nak turun.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.