Never say never !!!

Thursday, June 18, 2015
Assalamualaikum w.b.t.

Salam ramadhan al Mubarak kepada semua. Hari ni first day ramadhan. Semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Mari kita mulakan hari dengan bismillahirahmanirahim. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini. Berbalik kepada tajuk di atas. Janganlah kita berputus asa dalam mencari keredhaan Ilahi. Cubalah menjadi lebih baik. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala cita-cita kita.

Jika datang perasaan putus asa. Bersabarlah cuba buat yang terbaik. Never say never. Yakinkan diri bahawa kita boleh buat. Orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh?? Kita mesti boleh buat. Sama macam mereka. Jika mereka boleh berjaya. Kenapa tidak kita?

Usaha tangga kejayaan. Jika tidak tahu. Bertanyalah pada yang pandai. Setiap hari adalah proses pembelajaran untuk kita. Jangan malu untuk bertanya dan belajar walaupun orang yang kita tanya itu lebih muda dari kita. Jangan malu. Jangan segan. Jika niat kita baik inshaAllah tuhan akan sentiasa membuka lorong-lorong kebaikan untuk kita.

Jika bos bagi kerja. Jangan merungut. Buatlah dengan dengan seikhlasnya. Jika kita berjaya menyelesaikan segala tugasan yang bos kita bagi alangkah gembira rasanya. Yang penting kepuasan kita bila kerja dah selesai. Buatlah yang terbaik. Cuba yang terbaik. Jika ada masalah berbincanglah. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.


So kipidapp guys...!!! Never say never !!! Keep moving..

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.