Ramadhan yang ke 2 2015

Friday, June 19, 2015
Hari ni ramadhan yang ke 2. Semalam agak bertenaga jugalah sampai hujung. Bila dah makan badan mula rasa letih dan mengantuk. Namun gagahkan juge untuk menunaikan solat2 yang wajib. Alhamdulillah selesai juge. Hari ni sahur dengan air tamar cocoa dan ESP sahaja sebab x lalu sangat nak makan.. huhu..Alhamdulillah boleh bertahan dan InshaAllah sampai akhir hari ni.

Pagi ni agak relax aje..xtau ler jap2 g macam mane ngn bos daku tu.. awai2 pagi dah masuk.. xpelah dah nama pun keje kan..?kene sabo ler..Niatkan dalam hati nk cari rezeki halal untuk keluarga. Semoga diberkati selalu. Pagi ni dalam sibuk2 pon sempat juge aku buat dhuha 4 rakaat. Alhamdulillah. InshaAllah esok dan seterusnya aku akan cuba buat lagi. Kalau dulu jarang sangat nak buat benda2 macam ni. Sekarang alhamdulillah hati dah terbuka sikit2 nak buat lebih banyak.

Banyak benda aku nak buat dalam hidup ni. Banyak benda aku nak mintak ngn Allah. Tapi aku harus buat satu persatu. Aku x boleh tamak haloba untuk kaut semuanya dalam satu masa. Aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk capai apa yang aku mahu. Orang berjaya perlu bertindak bukan duduk saja. Orang berjaya perlu berusaha untuk berjaya.

MasyaAllah telah banyak masa yang telah aku sia2kan. Sekarang ni macam tak cukup masa bagi aku. Setiap saat adalah sangat berharga untuk aku. Banyak sangat benda aku nak buat. Ya Allah kuatkan aku dan tabahkan aku dalam menghadapi semua dugaan.

Kalau dulu aku selalu online xtentu hala. xtau aku online untuk apa. Membuang masa. Sekarang aku rasa masa begitu berharga. Aku nak update blog. Nak update status kt FB. Nak buat poster. Nak cari info2 pasal produk yang aku jual kt FB. MasyaAllah betapa aku stressnya. Tapi aku kuatkan semangat. Aku cakap kat diri aku. Nak berbisnes kene ada ILMU. Kalau xde ilmu bisnes xkn kemana dan aku xkan berjaya. So aku kene sabar dan belajar terus belajar. Jangan putus asa.

Aku cemburu tengok orang buat macam2 kt fb diorang. Siap ada blog yang cantik2. Ada page bagai. Aku rasa nak buat semua.. Hadoi feni feni..ko ingat ko doraemon ? nak buat semua dalam satu masa? Ko ingat ko power beno ? haha...tau xpe..sabarla.. slow2 la..buat step by step. Jangan x buat namun buat la satu2. Push diri untuk buat. Jangan duduk saja. Rancanglah masa.. Tanpa rancangan bermakna anda merancang untuk gagal. ewah !!!

Semuanya aku buat ketika aku di ofis. Kalau kat rumah tau2 jelah macam2 benda nak buat ngan anak2 yg masih kecil lg. Alhamdulillah ade banyak masa. Terpulang untuk aku macam mana nak manage masa. Kalau sebelum ini aku kalau datang ofis awal aku membuta kat surau. Siap gaduh ngan budak2 picoms yang buat bising sebab aku nak tido. Xde keje kn? Sekarang aku rasa betapa bermaknanya masa aku. Aku nak mengaji nak buat solat dhuha. nak berzikir. Macam2 aku nak buat. aku rasa macam nak beli je masa. Kalaulah aku boleh beli? Mentor aku kata kalau nak beli masa mengajilah Al-Quran. Syukur ya Allah kau telah temukan aku dengan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan aku dan keluarga. 

Kalau dulu kelaut sekarang rasa hidup lebih teratur dan bermotivasi. Pagi2 pon semangat nak datang keje sebab nak buat macam. Banyak benda nak buat. Nak cari ilmu sebanyak mungkin. Supaya bila ada yang tanya aku tidak teragak2 untuk memberikan jawapan. Alhamdulillah aku dah jumpa jalan yang betul. Syukur ya Allah.

 Sekarang ni misi aku ialah belajar dan terus belajar. Buat dan terus buat. Jadilah diri sendiri.

So KIPIDAPPP and never ever give up !!!



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.