Tips Untuk Berjaya
Dalam hidup kita hari ini banyak sangat benda yang kita ingin capai kan ...? Disini saya sertakan beberapa tips untuk berjaya dalam hidup. Semuanya bergantung pada diri sendiri samada untuk berjaya atau gagal kerana terpulang pada anda.
1) Buat perkara yang kita suka
Mencintai apa yang kita lakukan membuatkan kita berasa puas apabila kita berjaya melakukannya. Lakukan sebaik mungkin dan kita akan lihat hasilnya.
2) Jadikan ia berbeza
Kita hendaklah berfikir luar biasa. Berfikir di luar kotak. Mencari idea-idea yang lain untuk meningkatkan produktiviti sesuatu produk atau perkhidmatan yang kita lakukan.
3) Lakukan yang terbaik
Bertekad untu melakukan yang terbaik. Cuba untuk melakukan lebih baik dan terbaik. Jangan leka! Hanya kejayaan yang membina lebih banyak kejayaan. Bekerja bersama orang yang bagus yang mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.
4) Membuat analisis SWOT
Buat senarai tentang kekuatan & kelemahan diri atas kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi untuk keuntungan diri sendiri.
S - Strengths (Kekuatan)
W - Weaknesses (Kelemahan)
O - Opportunities (Peluang)
T - Threats (Ancaman)
5) Jadi Usahawan
Mencari idea-idea dan mengambil tindakan tegas terhadap idea-idea tersebut. Kadang-kadang langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar. Namun teruskan saja !!! Usaha tangga kejayaan dan jangan berputus asa.
6) Mula kecil, berfikiran besar
Masih ingatkah kita masa zaman sekolah dulu. Bila waktu peperiksaan guru selalu mengingatkan supaya menyelesaikan soalan yang senang dulu barulah selesaikan soalan yang lebih rumit. Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan perkara yang mudah duhulu dan baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Ini bukan sahaja akan menjimatkan masa kita untuk selesaikan semua perkara. Fikirkan tentang masa hadapan bukan hanya esok sahaja.
7) Berusaha menjadi pemimpin
Memliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat teknologi baharu yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya. Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri.
8) Pelajari dari kegagalan
Belajar dari kegagalan lalu. Mengakui kesilapan dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain. Melihat kegagalan sebagai pengalaman pembelajaran. Belajar dari kesilapan dan perbaiki untuk cubaan seterusnya.
9) Bekerja keras dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri
Berusaha untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Kejayaan akan tercapai jika kita sanggup bekerja keras untuk mencapainya.
10) Meneroka dan hidup dengan tujuan
Kita hidup mestilah mempunyai tujuan dan matlamat. Berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai tujuan kita.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !