3 TIPS BERNIAGA DI FACEBOOK

Thursday, April 28, 2016

3 TIPS BERNIAGA DI FB

Tips ini amat ASAS, penting untuk membina kredibiliti, keyakinan dan kepercayaan sahabat-sahabat, bakal pelanggan dan juga followers terhadap anda.

1) Gambar profile sendiri

- Bukan gambar dengan suami, bukan gambar dengan anak, bukan gambar dengan adik-beradik, bukan gambar kereta, rumah, bukan gambar produk.
- Bukan gambar penuh. Cukup sekadar gambar dari paras pinggang ke muka. Orang tak ada masa nak klik nak cek gambar anda sebab nak cam siapa anda ni. Jadi gambar separuh dah cukup jelas untuk orang sedar siapa anda.

* Jika anda agen/dropship atau pengasas produk/servis, pastikan gambar anda dengan produk tu saja. Bukan gambar produk semata-mata
* Gambar sendiri, SEORANG SAJA!

2) Nama sebenar sendiri

- Bukan nama gabungan dengan suami.
- Bukan nama anak ke atau lain-lain.
- Bukan nama timangan ke.

* Ramai saya tengok letak nama gabungan suami. Kita berbintikan ayah kita. Bukan suami.
* NAMA SEBENAR SENDIRI SEORANG SAJA.

Faham ke Faham?

3) Set FB Personal anda sebagai " PUBLIC "

Rata-rata orang bisnes saya tengok anda set private Fb anda. Orang nak komen tak boleh. Jadi macam mana nak bisnes?

Kata nak bisnes?

Jangan takut nanti orang spylah, orang itulah orang inilah.

Jika orang spy bermaksud anda berjaya dan kejayaan anda mampu menyebabkan pesaing anda tertanya-tanya siapakah anda.

Nampak basic, namun buat tak?
Buat yang ni dulu, nanti Mus share lagi yea 

Sharelah jika anda rasa bermanfaat.


No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.