BESTNYER PERGI SEMINAR DATO AZIZAN OSMAN

Saturday, April 09, 2016
Pada minggu lepas 2/4/2016 bertempat di Menara PGRM Cheras Kuala Lumpur. Aku bersama kakak tersayang telah pergi Seminar Mudahnya Berniaga 2016. Semangat berkobar-kobar nak pergi. Alhamdulillah pukul 8.20 kami sampai. Terpaksa menapak jauh sebab full parking. Moral of the story jangan pergi lambat. Ada janji dengan teman-teman ukhuwah jutawan namun tak sempat jumpa disebabkan kelewatan kami. Agak terkilan disitu.

Untuk makluman seminar ni berbayar tau tapi taklah mahal cuma RM10 saja. Program berlansung dari pukul 8.00pagi hingga 1.00 tengahari. Alhamdulillah. semuanya berlangsung dengan lancar. 



.....................................................................

Selfie dulu sebelum masuk dewan. Dapat buku free Mudahnya Berniaga oleh DAO.


Dalam dewan kita wefie lagi.




Sebelum seminar bermula. Kami duduk belakang sebab datang lambat. Boleh tengok skrin jela. Sape suruh lambat kan ?



Semasa seminar peserta diminta untuk mematikan handphone atau buat silent mode untuk tujuan tidak mengganggu orang lain. Sebarang rakaman juga dilarang oleh peserta. Jadi kami tak boleh la nak selfie-selfie lagi. Fokus dengan apa yang DAO nak share. Best sangat sebab memang menaikkan semangat kita untuk terus berniaga. Jadi siapa-siapa yang baru nak berjinak-jinak nak berniaga tu memang elok sangat join seminar begini. Bagi saya pakaian hendaklah sesuai dan selesa. Seeloknya pakai seluar sebab kita akan diminta berdiri atas kerusi dan menari ikut rentak muzik. Kalau pakai skirt agak sukar untuk berinteraksi. Jadi masa tu jangan takut atau malu-malu okey. haha. Best sangat. Mujur mak jemah pakai baju selesa sebab senang  nak berinteraksi. Bara bara bere bere. Patutlah teman-teman dalam telegram yang dah join seminar begini sibuk bagi hint bara-bara bere-bere. haha. Nak rasa ? Kene pergi sendiri.

......................................................................................

Posing sebelum balik untuk dijadikan kenangan. Kunun-kunun datang seminar. Bak kata DAO. ngehngehngeh.







Harapan semoga terus sukses dalam apa juga perniagaan yang diceburi. Jangan tindas orang. Berniaga dan bersaing secara sihat. Saling bantu membantu untuk memajukan agama, bangsa dan negara.

Sekian laporan. Ada apa-apa seminar mak jemah hupdate lagi dalam entry akan datang. 

Nak berniaga tapi tiada modal ? Gunakan apa yang ada dulu. Belajar dan belajar dari bawah. Contohnya buat bisnes Shaklee secara online macam yang mak jemah buat sekarang ni.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com





No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.