9 TEKNIK MENGEPAM UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU SEHINGGA PENUH DEEP FREEZER

Thursday, May 12, 2016
Susu ibu boleh diibaratkan sebagai titisan emas untuk si manja. Terdapat 1001 khasiat yang terdapat dalam susu ibu untuk si manja. Namun hari ini ramai ibu bekerja yang mengalami masalah susu merudum dan ini boleh mendatangkan tekanan kepada si ibu.

Terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu bagi membantu dalam mengumpulkan stok EBM untuk si manja.

1) LAKUKAN IKUT RUTIN BIASA ANDA

Pastikan segala peralatan dan tempat mengepam berada dalam kedudukan yang sama setiap hari. Pastikan keadaan diri berada dalam keadaan selesa dan jangan melakukan proses mengepam dalam keadaan terkejar-kejar. Keadaan ini akan membantu anda mengepam dalam keadaan tenang dan susu ibu dapat keluar dengan banyak.

2) MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN URUTAN

Baca doa. Mulakan dari bahagian ketiak, gunakan jari dari tangan yang bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara dan buat secara berulang-ulang kali. Buat urutan di bahagian areola juga. Setelah itu lakukan urutan yang sama pada payudara sebelah. 

3) MINUM AIR MASAK

Minum air kosong sebelum dan selepas mengepam. Sediakan air yang secukupnya ketika mengepam.

4) BAWA BERSAMA GAMBAR ANAK

Kalau ada bilik sendiri boleh gantung gambar anak anda. Pandanglah gambar anak sambil mengepam. Boleh juga bawa baju atau selimut yang ada bau baby supaya anda merasakan dia dekat seperti sedang menyusukannya. Amalkan zikir sebanyak mungkin semasa mengepam.

5) KURANGKAN KETIDAKSELESAAN

Mulakan dengan level yang lebih rendah sebelum di tingkatkan dengan level yang lebih tinggi untuk pam elektrik. 

6) PAM SEKERAP MUNGKIN

Pam setiap 2-3 jam mengikut keperluan anak. Pam lebih kerap membantu menambahkan lagi kuantiti susu. 

7) MULAKAN SESI MENGEPAM SEAWAL PAGI

Ini kerana pada waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam. Ini sangat membantu terutama untuk ibu yang sedang berusaha menambahkan stok susu.

8) PILIH PAM YANG SESUAI

Pilih pam yang sesuai mengikut keselesaan anda. Keselesaan sangat penting untuk emosi ibu menyusu.

9) LAKUKAN TANDEM PUMPING

Pam ketika anak sedang menyusu  di sebelah. Anak anda merupakan penghantar signal yang paling hebat kepada otak melalui gaya hisapannya. 

Tips tambahan

Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Pengambilan makanan yang penuh khasiat mampu memperbanyakkan susu ibu.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.