TUHAN AMPUNKAN AKU

Thursday, May 26, 2016
Aku sangat jarang dalam beremosi untuk berkongsi cerita. Tapi hari ini aku rasa sedih sangat. Terasa banyak sangat kekurangan diri. Banyak dosa dan terlalu leka dengan masalah dunia hingga lupa dengan yang maha pengasih dan penyayang.

Tuhan, aku rindu. Walau kadang-kadang aku seringkali tersasar dari landasan mu. Kau  cepat-cepat sedarkan aku dengan pelbagai ujian dan dugaan. Kau berikan aku kasih sayang yang tidak berbelah bagi mengatasi apa yang manusia fikirkan. Sesungguhnya aku tau kau rindukan rintihan aku.

Ya Allah, 
Ampunkan segala dosa dan kesilapan aku. Aku masih belum mampu untuk menjadi khalifahmu yang baik. Sedangkan ramai orang berusaha untuk menjadi hambamu yang baik. Doaku semoga kau tetapkan imanku sehingga hujung nyawa.

Sesungguhnya masih jauh perjalananku untuk menghadapi alam-alam ciptaanMu ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu. Dekatkan aku untuk terus bersamaMu. Jangan Kau jauhkan aku dariMu. Sesungguhnya aku insan hina.

Aku tak sanggup untuk ke nerakaMu ya Allah kerana aku tahu betapa peritnya sakitnya seperti yang digambarkan dalam kitab al-quran. Berikanlah aku kekuatan untuk terus bertahan dalam menghadapi hidup ini. Kuatkan aku untuk terus beriman kepadamu. Berikan aku kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaMu sebagai hamba. Berikan aku peluang untuk berbakti kepada orang lain.

Ya Allah, Ampunkan juga semua dosa-dosa kedua ibubapaku, ibubapa mertua, suami, anak-anak, adik-beradik, ipar duai, sanak saudara, guru-guru, sahabat-sahabat dan semua yang aku sayang. Berikan kami kekuatan untuk terus berjuang ke jalanMu ya Allah. Tabahkan hati-hati kami dalam menghadapi segala ujian dan dugaanMu.

Ampunkan aku dan kami semua ya Allah. Dunia akhir zaman ni macam-macam dugaan yang datang dan semoga kami sentiasa dalam limpah rahmatMu ya Allah.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.