Salam Jumaat Salam Menjemput Rezeki

Assalamualaikum.
Minggu ni sibuk betul uruskan anak-anak sendiri. Husband kena kerja di luar dan hari ni baru boleh balik. Alhamdulillah.
Rezeki semua ni, ada kerja ada rezeki banyak dalam bentuk wang. Bila banyak wang banyak benda boleh setel dengan wang. Bayar hutang dan kelangsungan hidup.
Kos belanja sekarang mahal. Bila abah kena kerja luar dan tak balik untuk beberapa hari, makanya ummi kena berdikari pergi dan balik kerja sendiri. Kos pengangkutan pun meningkat.
Tambang naik MRT dan Monorel pun dah RM 11.40 sehari. Belum masuk kos minyak untuk sampai ke MRT. Huhu mikir ke duit ni memang pening kepala. Tapi hadap jela anggap ni semua dugaan dan cabaran.
Betullah orang kata cari duit untuk pergi kerja. Haha dapat gaji bayar hutang. Macam ni lah. Untuk kelangsungan hidup.
Apa pun tetap bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi. Mesti ada hikmah. Ramai suri rumah yang impikan apa yang kita rasa hari ni. Bangun pagi-pagi berkejaran meredah jem. Berebut parking. Berebut nak masuk MRT. Berebut nak naik tangga nak sampai dulu. Haha semuanya sebab nak kejar masa.
Kita hidup untuk mendapat redha Ilahi. Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima Allah.
Moga diberi pahala at as kesusahan yang dialami.
ReplyDeleteChayok.
Amin Ya rabbal Alamin. Alhamdulillah.
Deletesetiap kita ada masalah dan cabaran masing-masing dalam kerja seharian kan kak Feni...
ReplyDeleteBetul kan Dana. Haha bila dah bawa diri ni merasa boleh balik awal.
Deletesemoga dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Tq Ejulz.
DeleteSemoga dilimpahi rezeki..
ReplyDelete