Salam 1 Rejab 1441 Hijrah

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tiba juga kita di bulan Rejab untuk tahun 1441 Hijrah ni. Hari ni patutnya Kak Feni puasa sunat tapi banyak sangat alasan jadi Kak Feni tak puasa. Huhu rugi satu hari ni.
Semalam beria tanya sahabat-sahabat di opis siapa nak puasa ? Last-last Kak Feni yang tak puasa. Takpelah inshaAllah masih ada peluang lagi.
Hari ni datang kerja sendiri lagi sebab husband Kak Feni dah kena pergi outstation lagi.
Semalam dah punggah segala barang ke rumah mentua. Kalau dok rumah sendiri susah dengan anak-anak. Nak bangun pagi bersiap pergi sekolah. Macam ni la bia suami kena keluar kerja jauh. Ummi kena urusakan anak-anak. Mujur ada mentua dekat.

Sempena bulan Rejab yang indah ini. Marilah kita sama-sama persiapkan diri dengan menambah ilmu dah amalan kepada Allah S.W. T. Semoga segala apa yang kita amalkan menjadi penolong di akhirat sana. Amin Ya Rabbal Alamin.
sama-sama lah kita tambahkan amalan di bulan rejab ini ye KF
ReplyDeleteAmin YRA. InshaAllah Dana. Sama2 kita topup yang mana lompong tu
DeleteSemoga amal kita diterima olehNya.
ReplyDeleteAmin YRA. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Delete