Rempah Masak Hitam Resepi Asli Dari Mak Tok

Friday, September 04, 2020

Hai Assalamuaikum semua.


Alhamdulillah rezeki mencurah-curah awal bulan ni. Terima kasih ya Allah. Hari ni Kak Feni nak kongsikan dengan semua tentang Rempah Masak Hitam Resepi Asli Dari Mak Tok.


Siapa orang Perak memang terkenal sangat dengan masakan masak hitam ni. Tak kiralah ayam atau daging masak hitam. Kak Feni masa mula-mula pindah ke Hulu Perak dulu baru kenal masakan masak hitam ni. Maklumlah kita kan orang Kelate sejati. Jadi sesuatu yang baru bagi Kak Feni.


Mula ingatkan macam masak kicap tu sebab ialah warna hitam kan. Bila dah sekali rasa memang ketagih sebab rasa dia yang istimewa dan unik. Pelbagai gabungan rempah yang digiling halus. Kalau dulu nak buat masak hitam ni leceh betul sebab kena giling bahan-bahan rempahnya dulu.


Sekarang ni dah mudah dan senang sebab rempah masak hitam ni banyak dikomersialkan oleh orang-orang Perak ikut citarasa masing-masing. Salah satu rempah yang korang boleh cuba ialah Rempah Masak Hitam Mak Tok. Resepi asli Mak Tok. Kira macam resepi opah-opah lah.



1 paket rempah masak hitam ni boleh masak untuk 1 kg daging atau seekor ayam. Berbaloi sangat untuk mak-mak yang kat rumah tu nak buat stok. Senang kalau rasa teringin nak masak daging atau ayam masak hitam boleh je terus masukkan dalam periuk. Campak-campak siap!



Setiap paket ni akan disertakan cara-cara untuk memasak daging atau ayam masak hitam. Jadi bagi mereka yang tak pandai memasak macam Kak Feni boleh ikut je cara yang dibuat. Senang dan mudah kerja memasak di dapur. Tak payah nak giling atau blender rempah ratus bagi mendapatkan hasil masakan yang sedap. 


Harga 1 Paket Rempah Masak Hitam Mak Tok ialah RM4.50. Jauh supplier akan pos.


Berminat boleh hubungi 

Kak Feni +601115672780 

atau 

Kak Sue +6019-5000135.

4 comments:

  1. Wahhh masak hitam. Lama tak buat

    ReplyDelete
  2. Masak hitam ni yang macam kat nasi kandar tu ke atau macam rendang tok tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang macam kat mamak tu rasa macam banyak kicap. Yang ni macam rasa macam ada rempah ratus. Lain Rasanya. Hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.