Bersyukur Di Usia 30-an Ini

Saturday, May 29, 2021

Alhamdulillah tahun ni Kak Feni dah berumur 35 tahun dah. Tahun depan dah 36 tahun. Lagi 5 tahun nak masuk 40-an. Banyak pengalaman hidup yang Kak Feni dah lalui. Dari rasa sesusah-susahnya hingga boleh hidup sederhana macam hari ni. Nak kata kaya sangat tu taklah tapi alhamdulillah cukup semuanya.


Terima kasih dengan nikmat yang Allah bagi selama ni. Nikmat rasa susah, nikmat rasa senang, nikmat rasa mewah dan semua nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.


Nak kata duduk dalam zon selesa tak juga. Masih lagi berusaha keras untuk selesaikan segala hutang dengan manusia dan juga bank. Setakat ni ada loan kereta dan Mara. Yang lain tu installment biasa. Motor dah habis bayar dan installment handphone. Haha handphone beli installment sebab tak mampu nak bayar sedebuk. Hutang dulu.


Loan rumah dah lulus dan tunggu dapat kunci baru mula bayar. Harapnya urusan selesai tahun ni inshaAllah. Semuanya dengan izin Allah. Husband Kak Feni pun ada berapa ribu je lagi loan dengan CIMB dan ASB loan. InshaAllah kalau dah selesai semua ni taknak tambah hutang dah. Nak simpan sendiri. 


Anak-anak pun Kak Feni ada ambil takaful. Pernah terfikir nak batalkan policy tapi rasa macam rugi pulak. Lepas ni nak survey saving yang macam mana. Untung masa Abang Aus dulu sebab dia selalu masuk wad. Cuma bayar pendaftaran masuk je. Tu pun ejen takaful yang uruskan semua. Tahun ni ejen dah tarik handbrake. Serahkan urusan pada orang atasan dia. Tengoklah macam mana. Nak teruskan atau nak stop nanti Kak Feni fikirkan macam mana.


Musim PKP ni banyak benda nak kena fikir sebab gaji pun dah tak ontime. Dah dekat 2 tahun masalah covid ni. Kita pun tak boleh nak salahkan majikan sangat kena usaha jugak ikut lain cari duit sampingan. Buatlah dropship ke apa pun janji duit tak putus. Semua orang struggle sekarang ni. Siapa yang ada bisnes kecil-kecilan tu okeylah boleh tampung. 


Alhamdulillah Kak Feni bersyukur sangat sebab buat banyak kerja dalam satu masa. Kerja pejabat dan kerja sendiri. Tulis blog dan meniaga dropship, shaklee dan jual tudung. Tak masuk yang ni, yang itu masuk. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.


Tak sia-sia Kak Feni pulun update blog dari dulu lagi pasal produk Shaklee sebab masa musim covid ni memang orang akan cari suplemen untuk kuatkan imun badan. Vitamin C memang laku keras sampai stok di HQ pun habis. Sama-sama kita ikhtiar dan lawan virus ni.


By the way Kak Feni pun dah daftar untuk terima suntikan vaksin tapi masih dalam proses menunggu giliran. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan banyakkan berdoa.


Motif Kak Feni di sini untuk berkongsi yang hidup secara sederhana. Berhutang untuk yang mampu dan jangan bebankan diri kita dengan hutang yang tak perlu. Bersederhana dalam setiap perkara. Beringat selalu yang langit tak selalu cerah. Kadang-kadang hujan di tengah jalan. 


Namun dalam hidup ini sehebat mana pun kita merancang, Allah jugalah sebaik-baik perancang. Jadi segala yang berlaku semuanya dengan izin Allah.



  

1 comment:

  1. Sebaya dgn sy tahun ni, tak boleh gelar kak la ni 😆

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.