Banjir Malam 22 November 2021

Friday, November 26, 2021

Minggu ni penat betol. Sebabnya Isnin start dari Manjung balik KL masuk opis. Balik rumah takdan nak rehat nak kemas segala benda barang, banjir pulak datang. Allah macam nak pitam rasanya. Sakit belakang sampair sekarang tak hilang lagi. 

Yayy finally dah Jumaat hari ni dan harapnya esok boleh setelkan rumah. Nak susun baju-baju. Nak susun buku-buku sekolah anak. Berteraburnya hidup ni rasa. Huru hara sebab ujian ni tapi alhamdulillah bila kita rasa kita susah. Masih ramainya orang kat luar sana yang lebih susah dari kami.






Gamabar setelah kami bersusah payah angkat tempat tinggi.

Tahun lepas awal bulan November. 4/11/2020 kena banjir. Tahun ni 22/11/2021 banjir. Dua tahun berturut-turut banjir. Allah cepatlah dapat pindah rumah baru. Kak Feni dah tak sabar nak pindah dan tak larat dah nak kena banjir. Penatnya hanya Allah saja yang tahu.


InshaAllah minggu depan nak follow up dengan lawyer rumah tu. Nama owner lama salah dalam geran jadi tu yang asyik delay je urusan nak masuk rumah baru ni. Kak Feni beli rumah subsale je sebab tu je yang mampu setakat ni. Nak beli rumah baru naik kang pening kepala nak bayar bulan-bulan. Beli jela rumah subsale. Dapat kunci boleh terus duduk. InshaAllah esok-esok kaya lagi, Allah bagi rezeki lebih boleh beli rumah bawah pulak. Mana tahu rezeki kan.


Sejak duduk di rumah ni rasanya dah 3 kali kena banjir. Kena pulak 2 buah rumah. Rumah mentua dan rumah sendiri sebab kami duduk satu taman. Dah siap kemas rumah mentua. Kemas rumah kami pulak. Serik rasa tapi nak buat macam mana. Nak taknak kena hadap juga lah.


Allah, permudahkanlah urusan pindah rumah baru. Amin. 





Kami tinggalkan rumah pergi rumah mentua sebab sana air masih belum naik dan alhamdulillah rumah mentua tak naik air. Malam tu kami tidur di rumah mentua sebab tak larat nak kemas rumah. Esok pagi Selasa terpaksa cuti sebab nak kemas rumah. Bila kena bencana macam ni kita akan lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Ni Langat. Dengar di Ampang lagi teruk. Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian yang Allah bagi ni.


5 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan kak. Sedih tengok mangsa-mangsa banjir. 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami langat okey sikit tahun ni tak teruk macam tahun lepas. Ampang Jaya lagi sedih dari kami.

      Delete
  2. Dugaan berat juga apabila kena banjir begini..

    mohon sabar dan bertabah la ya

    sistem perparitan di situ mungkin ada masalah menyebabkan aliran air hujan tidak dapat keluar dengan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perparitan tu salah satu punca. Sungai besar. Kemudian ada projek jalan raya baru tengah buat sekarang ni.

      Delete
  3. Ammi pun beli rumah subsale di Seremban. Rezeki ammi dpt rumah yg dah renovate dan below market price.

    Semoga cepatlah masalah Feni selesai. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.