My First Entry In 2022 - Alhamdulillah

Friday, January 14, 2022

Ya lama tak bersiaran sebab mood masih dalam keadaan down, sedih, terkejut dan dalam proses healing. Allahuakbar (Allah Maha Besar) dan sebaik-baik perancang. Siapa kita untuk menidakkan nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.


2022

Semoga tahun ni ada sinar yang lebih indah untuk Kak Feni sekeluarga. Akhir tahun 2021 - 18 & 19 Disember 2021, kami terlibat dengan banjir besar di Hulu Langat. Kami tinggal di Taman Sri Nanding dan rumah Kak Feni di lorong paling hujung dekat dengan sungai. Jadi bila air naik, lorong rumah Kak Feni yang akan naik dulu.


Masa kejadian kami baru balik dari rumah mak saudara. Memang dah agak akan banjir tapi yang kami tak sangka sangat air naik terlalu tinggi sampai tahap bumbung. Mental agak koyak masa mula-mula tapi lama-lama agak cool dan boleh terima kenyataan yang apa yang kami miliki bukan selamanya milik kita.


Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. InshaAllah dan alhamdulillah Allah gantikan dengan yang lebih baik. Banyak bantuan dari NGO, kerajaan, keluarga, sahabat-sahabat yang tak putus-putus mendoakan kami. Alhamdulillah syukur.


Tahun ni nak mula hidup baru. Nak mula apa yang dah hilang. Taman Sri Nanding hari ni pun nampak sangat gersang sebab lumpur yang kering dan berdebu. Pokok-pokok yang kena lumpur nampak kering dan kusam. Kalau dulu di depan deretan kedai-kedai tu meriah dengan orang berniaga, hari ni kosong dan kusam. 


Banyak rumah yang masih dalam proses pembersihan dan pemulihan. Longkang depan dan belakang rumah masih banyak lumpur. Nak cuci kena ceduk masuk dalam kereta sorong dan pergi buang. Allah rasa seksa sangat nak cuci rumah pun.


Kisah nak dapat bantuan masa mula-mula lepas kena banjir. Kebanyakkannya takde kereta dan motor akibat tenggelam banjir. Jadi nak dapatkan bantuan kena jalan kaki keluar ke jalan utama. Ingat sekali masa tu, Allah penatnya tapi Allah bagi kekuatan untuk sampai. Anak-anak pun macam faham yang kita dalam kesusahan.


Kak Feni dalam 5 6 hari juga tumpang tidur di rumah saudara di Kajang sebab rumah kami dah takde pape. Nak cuci pun ambil masa. Rumah Kak Feni dan juga rumah mentua. 2 rumah kami nak bersihkan.


Alhamdulillah sekarang dah bersih cuma Kak feni dan family masih menumpang di rumah mentua sebabnya pintu belakang rumah Kak Feni masih belum dibaiki. Sekarang ni Kak feni sedang tunggu untuk dapatkan kunci rumah baru. Dah hampir 2 tahun masih belum selesai. Harap-harap cepatlah prosesnya. Amin.


Dugaan yang datang menandakan kita mampu dan tanda Allah sayang. 


Kak Feni dah pun mula kerja Selasa minggu lepas. 2 minggu bercuti sebab nak kemas rumah dan kebetulan office pun kena banjir. Lif tak boleh guna jadi tutup sementara. Sekarang dah kerja macam biasa. Nasib baik motor kerja masih selamat sebab suami Kak feni tinggal di HKL bawa balik van. Van tenggelam. Motor selamat. Tak mengapalah dugaan ni tanda kita mampu dan Allah sebaik-baik perancang.

2 comments:

  1. Kagum dengan ketabahan Feni. Moga Allah berikan yang terbaik nanti.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..
    Teruskan melangkah semoga semuanya baik2 aja

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.