JAGA MEK SAKIT DI HOSPITAL KUALA KRAI

Wednesday, November 07, 2018
Rabu minggu lepas mendapat perkhabaran yang mek kena tahan wad sebab nak on antibiotik selama 2 minggu. Kami anak-anak sama-sama plan nak balik kampung.

Oleh kerana masing-masing kerja jadi hari Sabtu pagi baru kami gerak balik. Mulanya nak gerak Jumaat malam, konon nak cepat sampai. Bila masing-masing penat sebab Acik Manjung dengan Pakcik Radhi sampai pun dah dekat pukul 12 malam, kami ambik keputusan untuk gerak pagi Sabtu.

Sementara kami nak sampai Kak Ani lah yang menjaga mek di hospital. Alhamdulillah.

Sabtu pagi, kami bergerak ke Kuala Krai pukul 5.00 pagi. Bangun awal pukul 4.30 bagi dan bersiap. Ummi, abah, acik dengan pakcik mandi siap-siap. Anak-anak terus angkut dalam kereta. Nak mandikan pun kesian sebab awal sangat.

Kami berhenti di stesen minyak sebelum terowong Karak tu untuk solat subuh. Masa sampai situ pun dah dekat pukul 6.30 pagi. Kami meneruskan perjalanan hingga ke Gua Musang. Berhenti mandikan anak-anak di Hentian Gua Musang. Ingatkan Gua Musang ke Kuala Krai tu dekat rupanya masih 100 lebih km lagi. Maklumlah jarang balik ikut sini. Kalau balik kampung pun ikut Gerik, Perak.

Sampai di Hospital Kuala Krai ngam-ngam dah masuk waktu melawat, pukul 12.30. Kami terus ke wad mek. Anak-anak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk wad. Makanya kami pun melepak di ruangan menunggu di area lif. Mujur ada sofa di situ.


Kami berphoto untuk dihantar kepada Abang Chik sebab dia tak dapat balik. Mek ok cuma nak drip antibiotik 2 minggu. Kalau tak drip boleh je balik. Tengok macam mana. Esok hari ke tujuh di wad. Kalau macam keadaan okey. Doktor bagi ubat makan. Harapnya macam tu lah sebabnya tangan mek selalu bengkak bila kena cucuk jarum yang kat tangan tu. Faktor umur juga. Kulit nipis dan urat mek sama besar dengan jarum.

Sabtu malam, Kak Ani yang tidur di hospital teman mek. Kami ambik bilik sewa di sekitar hospital sebab nak balik rumah jauh. Tak berbaloi nak pi mai pi mai.

Ahad pagi, Kak Ani gerak balik Gerik sebab nak buka kedai. Lama dah tinggal kedai dan tak buka. Tinggal kami yang ulang alik jaga mek. Pukul 11.30 pagi, kami hantar abah dan anak-anak balik KL dengan bas. Kalau duduk di sini pun anak-anak tak boleh nak masuk wad. Cuma hari sabtu tu je minta dengan guard nak jumpa TokMek kejap. Dia bagi kelonggaran.



Beli tiket di Machang dan naik bas di Kuala Krai. Anak-anak excited sebab nak naik bas. Maklumlah orang tak pernah naik bas. Kami tunggu bas pukul 10.30 pagi dan bas sampai sini pukul 11.20 pagi.


Adik dengan abang seronok naik bas. Ummi ambik gambar dari luar. Naik bas Perdana. Seronok sebab tempat duduk yang besar dan selesa. Pilih seat bawah sebab abah takut duduk atas. Nasib baik juga di bawah ada banyak seat kosong.

Lepas hantar depa naik bas, kami ke hospital untuk tengok mek. Waktu melawat 12.30 tengahari sampai pukul 2.00 petang. Lepas waktu melawat, mek kata nak makan bihun sup. Jadi kami pun meronda di Kuala Krai dalam misi mencari bihun sup.

Jalan-jalan di Pekan Kuala Krai, kami nampak stesen keretapi Kuala Krai. Jadinya kami pun terus turun dan mengambil gambar kenangan.












Mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu. Di sinilah kami naik keretapi untuk ke Pahang. Rumah makngah bila cuti sekolah. Seronok bukan main sebab boleh naik keretapi. Simpan duit belanja sekolah sebab nak membeli dalam keretapi. Dulu ada orang menjaja dalam keretapi. Ada jual telur puyuh, buah-buahan dan kuih muih.

Dapat membeli dalam keretapi tu sangatlah seronok. Nak sampai ke rumah makngah tu banyak persinggahan yang keretapi berhenti. Jadi kami akan bersuka ria dalam keretapi. Tak tidur pun sebab nak kira berapa terowong yang kita lalu.

Lepas singgah di stesen keretapi, kami pun cari kedai yang jual bihun sup. Alhamdulillah jumpa. Beli dan terus pergi hospital sebab dah sampai waktu melawat. Malam tu Kak feni tidur di hospital teman tokmek. Biasalah bila tidur di hospital, bukan boleh lena sangat. Ala kadar je.

Isnin pagi, doktor akan jumpa mek untuk periksa tahap kesihatan. Alhamdulillah semakin baik dari mula-mula sampai. Mata dah tak merah dan bengkak. Kami mengadu juga pasal tempat cucuk mek yang tak boleh tahan lama tu. Doktor pun cakap, kalau boleh nak masukkan antibiotik sampai 7 hari. Nak ikut keadaan juga. Kalau dah okey boleh ikhtiar dengan ubat makan. Kalau boleh teruskan ubat makan. Mek akan boleh keluar wad. Hopefully.

Hari ni hujan tak berhenti dari pagi sampai malam. Suhu sekitar hospital menunjukkan 16 darjah celcius. Macam duduk dalam aircond. Memang pakai sweater la kami.

Acik dengan Pakcik tidur di bilik sewa sebab hanya seorang je yang boleh jaga pesakit. Bermalam di DAMAR INN sebab sinilah tempat tidur yang paling dekat dengan hospital. Kalau nak bermalam di pekan pun ok. Tapi yang ni paling dekat dan senang nak ulang alik. 

Kami memang tak balik rumah mek sebab jauh nak ulang alik. Kuala Krai ke Machang pun sudah 25km lebih. Ni nak sampai ke rumah mek di Pasir Puteh. Memang penat dan untuk menjimatkan masa dan kos, kami bermalam di Kuala Krai je.

Selasa, hari kami nak balik ke tempat masing-masing dah. Masa kami takde, anak sedara Kak Feni yang teman tokmeknya, Along. Harapnya esok dah habis antibiotik bolehla keluar wad. Kami semua duduk jauh. Susah hati betul. Nak balik selalu pun tahulah kan.

Pukul 11.00 kami bertolak dari Kuala Krai. Sepanjang hari hujan. Jalan pun hati-hati dan tak boleh laju sebab kami tak biasa dengan jalan ni.

Pit stop pertama kami ialah di Hentian Benta, Pahang. Kami tak pernah berhenti di sini. Singgah sini untuk makan tengahari walaupun dah bukan tengahari. Pukul 3.00 kami sampai sini. selesai makan kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sampai di Raub, hujan masih turun tapi tak lebat. Renyai-renyai. Kami berhenti di Raub untuk bergambar. Bila lagi nak lalu jalan ni pun tak tahu.






Kami berhenti sini tak lama. Singgah ambik gambar je. Rest house ni dah macam tak berfungsi. Macam kosong je. Kami ambik gambar di depan je.

Meneruskan perjalanan lagi. Perjalanan yang agak panjang dan tak banyak tempat rehat dan rawat macam di laluan PLUS HIGHWAY. Kalau nak berhenti pun di kedai-kedai makan tepi jalan. Kami berhenti lagi di R&R Genting Sempah untuk solat. Buat jamak dan qasar terus lah sebab perjalanan melebih 90km.

Sampai di Hulu Langat pukul 7.00 malam.











No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.