SOHO Impian

Tuesday, June 26, 2018
Bercerita tentang impian. Banyak impian kita sebenarnya tapi tidak diimiginasi secara spesifik. Sedakar bermimpi. Tak tulis dan tak buat spesifik atau lebih jelas. Bagaimana apa yang kita mahu. Kena  tulis dan gambarkan dengan jelas. Cari gambar atau lukis sendiri apa yang kita mahu.

Apa itu SOHO ? SOHO ialah Small Office Home Office. Kebanyakan WAHM yang buat bisnes di rumah memiliki satu SOHO untuk tujuan perniagaan sendiri. WAHM pula ialah WORK AT HOME MOTHER. Berbalik kepada SOHO impian Feni. Nak yang simple-simple tapi nice. Macam gambar di bawah. 


Sumber photo : google

Kalau nak diikutkan Feni dah boleh je buat SOHO ni di rumah cuma keadaan masa tidak mencukupi. Hehe. Jadi gunakan apa yang ada je. Alhamdulillah sikit-sikit dah boleh tambah.

Bila dah duduk di rumah sendiri. Sikit-sikit barang boleh beli dan topup apa yang kurang. Alhamdulillah perjalanan kehidupan semakin hari semakin baik. Buat plan, gagal cuba lagi. Gagal cuba lagi. Dalam kegagalan nak mencapai kejayaan itu tersangatlah manis. 

Kenapa Feni nak sangat SOHO ni ? Sebab senang nak buat kerja-kerja seperti update blog, update post facebook, edit poster dan mencari bahan-bahan untuk sharing di medium-medium online. Bukan apa, sejak buat bisnes di hujung jari ni memang perlukan SOHO jugak sebab nak buat kerja dengan lebih teratur. Kalau tak memang berterabur dan pening. Bila ada bilik khas untuk dijadikan SOHO ni memang sangat membantu dalam meningkatkan kualiti kerja.

Macam Feni yang masih kerja di pejabat ni memang memastikan semua kerja teratur. Di rumah pun kena teratur kalau tak kita sendiri yang pening. Bayangkan kalau keadaan rumah atau pejabat yang tunggang langgang. Nak buat kerja pun takde mood. Entah-entah ke laut terus. Bila ada SOHO ni semakin bertambah semangat nak buat kerja. Tambah-tambah lagi yang melibatkan online yang setiap hari berubah.

Feni belajar tulis impian sejak tahun 2015, masa tu memang baru mula join buat bisnes online ni. Tak tahu pun apa yang aku nak sebenarnya.  Yang Feni tahu nak banyak duit. Nak selesaikan segala hutang dan sebagainya. Tapi bukan senang nak capai satu-satu impian. Macam-macam Allah uji. Tapi alhamdulillah semakin hari semakin bertambah baik. Simpanan yang dulunya negatif hari ini semakin banyak. Perancangan kewangan pun bertambah baik.

Tulis-tulislah impian itu seperti apa yang kita mahu sebab kita tak tahu bila kita akan mencapainya. Disamping itu, kena juga berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian kita. 

InshaAllah dengan segala perkongsian yang baik dari kita, mana tahu memberi insprirasi kepada orang lain untuk terus berjaya macam kita. Tak seronoklah kalau kita sorang je berjaya kan.

No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.