Ole-ole From Bandung - Blog Safeni Feni

December 26, 2018

Ole-ole From Bandung


Petang ni menarik sikit sebab dapat menikmati keenakan biskut kering KartikaSari dari Bandung dengan nescafe. Haha sebabnya selalu nescafe dengan biskut kering HupSeng tu je. Makanan ruji bila petang hari.

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Terima kasih Kak Diana tak pernah lupa kalau ke mana-mana. Syukur dikurniakan rezeki sahabat-sahabat yang baik-baik belaka. Hanya tuhan je yang dapat balas segala kebaikan korang kepada kami.

By the way Kartika Sari ni memang sangat famous di Bandung. Kak Ani masa pergi Bandung hari tu pun habis banyak yang dia borong bawa balik. Macam-macam kek dia beli. Harga dia memang boleh tahan lah.

Berjalan ke Bandung ni memang kena spare duit banyak-banyak sebab bila dah sampai sana memang jadi gila. Semua nak beli. Hahaha kena belajar ilmu tahan nafsu kalau yang jenis kurang have-have ni. 

Sebenarnya, Kak Feni tak kisah pun kalau ada sahabat-sahabat yang nak travel ke luar negara tak belikan apa-apa pun untuk Kak Feni. Kak Feni faham jer. Sebab diorang pergi pun nak berjalan tengok negara orang bukan nak semakkan otak nak belikan kita souvenir. Kita pun kalau nak pesan apa-apa dekat sahabat tu, janganlah pesan pakai air liur. Diorang nak beli pun pakai duit. Haaa macam tu.

Kita pulak, kalau dah pesan dengan air liur. Bila diorang dah balik dan tak belikan apa yang kita pesan, jangan pula nak sentap-sentap. Salah sendiri juga sebab siapa suruh order dengan air liur. Lain kali order tu hulur sekali duit kosnya. Diorang nak tolong beli pun mujur. Nak harap kita sampai sana entah bila.

Eh ! Terpanjang pula bebelan Kak Feni petang ni.


4 comments:

  1. Replies
    1. memang sedap ejulz. Rangup dia lain dari yang lain.

      Delete
  2. diorang cakap tu sedap !! tak penah rasa lagi. kena pi Bandung kah ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh pergi ke Bandung da tu Siti. Shopping di sana murah dan cantik-cantik.

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.