10 Manfaat Zink Untuk Wanita dan Lelaki
Zink adalah mineral surih yang penting kepada tubuh dalam pelbagai cara.
Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mempercepat pertumbuhan semula folikel rambut.
Zink dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menggunakan insulin dengan cekap bagi mengekalkan paras gula darah yang sihat.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Zinc Plus untuk meningkatkan kesihatan.
Safeni Feni
Manfaat Zink untuk Wanita
1. Menghalang Pertumbuhan Jerawat
Zink menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat, menyekat aktiviti kelenjar minyak dan mengurangkan simptom jerawat untuk kulit yang lebih bersih.
2. Menyembuh Dan Meremajakan Kulit
Zink menggalakkan penghasilan sel kulit baru dan fungsi sel membran untuk kulit yang sihat dan sempurna. Apabila kulit rosak, zink membantu menghasilkan protein dan kolagen untuk menggalakkan penyembuhan luka.3. Menjadikan Rambut yang Kuat dan Bekilau
Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mempercepat pertumbuhan semula folikel rambut.
4. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Zink terlibat dalam pelbagai aktiviti tindak balas enzim, membantu mengatasi tekanan oksidatif yang merupakan salah satu punca kegagalan jantung. Zink juga mempunyai sifat antioksidan yang kuat untuk meneutralkan radikal bebas bagi melindungi jantung.5. Permulaan Yang Sihat
Zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikular yang betul, yang membantu telur untuk pergi ke rahim untuk persenyawaan.Manfaat Zink untuk Lelaki
1. Menggalakkan Tidur yang Lebih Baik
Zink dapat membantu menggalakkan dan mengawalatur corak tidur yang lebih sihat, agar kita dapat tidur yang lena, tampil lebih segar dan lebih aktif setiap hari.2. Melambatkan Kemerosotan Makular Mata
Zink membantu vitamin A menghasilkan melanin, yang melindungi mta. Apabila dimakan bersama dengan vitamin antioksidan lain, zink melambatkan kemerosotan makula mata yang berlaku kerana faktor penuaan.3. Meningkatkan Kesihatan Imun
Zink membantu memendekkan tempoh selesema sehingga 40%. Ia juga memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka bekerja secara optimum.4. Boleh Menggalakkan Kawalan Gula Darah
Zink dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menggunakan insulin dengan cekap bagi mengekalkan paras gula darah yang sihat.
5. Meningkatkan Kesihatan Prostat
Memastikan sperma bergerak ke hadapan dengan arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan yang berjaya dan menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.
memang banyak manfaat, lagi-lagi untuk orang yang dah makin senja ni hehehhe
ReplyDeleteHaha bulan ni Kak Feni grab 4 terus sebab promosi. Sambil makan sendiri sambil jual. Kalau ada yang berkenan terus jual.
Delete