FireDrill 2019 - Plaza Permata Kuala Lumpur

Wednesday, November 06, 2019
Tahun ni sama je macam tahun lepas. Fire drill di opis.

Macam biasa pantang ada peluang dan kami akan berwefie beramai-ramai. Aku dengan adik-adik sama floor. Haha nak gi wefie dengan budak-budak level lain nye kata gila kat orang pulak. Kebetulan kali ni aku kena jadi floor warden. Jadi kena duduk diam di depan. Kira berapa orang dalam opis. Haha oleh kerana opis aku sikit senanglah kerja aku.





Tahun lepas pun sama. Tahun ni buat awal bulan November ni. Kat sini buat sekali setahun jer. Baguslah kalau buat banyak kali kang tak larat nak turun tangga.

Opis aku di level 12A bersamaan dengan tingkat 13. Jadi turun tangga sampai bawah dah tak rasa apa dah kaki ni. Dan sakitnya tuh di sini hampir 2 minggu baru nak lega. Huhu tambah-tambah pulak bila badan dah semakin gemuk dan berisi ni.






Tahun ni tak berapa nak meriah bagi aku sebab Mek Elly dah takde. Mek Nadia pun dah takde kat sini. Hanya aku dan yang lain-lain je ada tinggal kerja sini. Semua dah move on pindah tempat kerja lain walaupun tak sama opis dengan aku. Masing-masing dah bawa diri untuk better offer.

Adakah aku pun harus cari kerja atau tukar kerja lain ?

Dengan komitmen sekarang ni. Aku risau nau nak tukar kerja. Nak dapatkan benefit macam sekarang ni pun susah. (hurmmm alasan lah tu). Tengoklah macam mana. Tahun depan ke macam mana. Nak survey kerja baru pun bukan senang. Kalau ada rezeki aku lagi di sini. Aku teruskan. Kalau takde aku just go with the flow.

Sebenarnya malas nak fikir. Fikir nak besarkan anak-anak dan selesai segala hutang jer sekarang ni. Sebab tu nak tukar kerja pun fikir empat puluh empat kali. hehe






6 comments:

  1. fire drill jadi azab macam ni lah, turun 13 tingkat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tingakt 13 separuh je tu. Kat sini paling tinggi 23 (rooftop). level 22 tu pun banyak opis. Sampai bawah 2 minggu baru lega sakit peha. hahaha

      Delete
  2. Kalau fire drill tak boleh guna lif ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya untuk orang kurang upaya, warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak. Tapi kena inform awal kepada pihak management. Yang lain sila turun guna tangga. sabar jelah.

      Delete
  3. meriah bebeno ye kalau ada firedrill nih... kenapa tingkat 13 di tulis 12a yek, adakah sebab pantang larang yang depa kata takde ong no 13 tuh?
    nasib la tingkt 13 kalau tingkat 20 ke 30 macamnelah yek rasa kaki tuh huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktahu la yang. Maybe fengshui depa kot. Tulah tak faham juga tu.Yang tingkat 20 ke atas tu confirm sampai bawah kaki dah tak rasa apa.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.