Lambatnya Gaji Nak Masuk

Friday, May 12, 2023

Hahaha ada yang sama geng dengan Kak Feni ke sekarang ni sedang menghitung hari untuk dapat gaji. Maklumlah bulan lepas gaji awal dan raya pulak tu. Belanja sampai tak ingat dunia. Hari ni baru 12 haribulan. Ada 19 hari lagi nak sampai 31 haribulan. 


Kita koreklah segala tabung yang ada ya untuk tampung hidup sementara nak dapat gaji ni. Di saat kita rasa hidup kita susah. Pandanglah juga sekeliling kita. Ada orang lain yang hidupnya lebih susah dari kita. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan orang lain tak ada.


Rezeki setiap orang itu berbeza. Jadi siapa kita nak menilai orang kan ? Apapun sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Hari ni masih ada kerja dan dah tentu hujung bulan macam mana pun gaji masuk juga. Lambat ke cepat je kita tak tahu. Harapnya cepatlah sebabnya banyak komitmen nak kena selesai ni. Haha


Rasa lama betol nak hujung bulan kan. Sabarrrr... InshaAllah ada rezeki lain Allah nak bagi. Yakin dan pasti Allah akan bantu. Sebenarnya risau juga dengan keadaan sekarang ni. Barang mahal. Nak berjimat tang mana pun tak tahu dah. Sana sini bocor tapi tulah nak tak nak kena hadap juga kan. 


Senyum jelah okey. 😀😁




2 comments:

  1. kalu gaji kakitangan kerajaan tu pd 19hb mei ni je. mungkin feni kijo swasta..sbb tu lambat lg kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah depen pada boss. Kalau dia rasa nk bagi awal. Alhamdulillah. Tapi selalunya 31 hb tu dah dapat dah. InshaAllah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.