Aku Dan Kehidupan - Aku Berblog Bukan Kerana Nama

Monday, March 14, 2016

Petang ini rasa nak share tentang kehidupan sendiri. Lari dari fakta dan teori dan bersantai-santai merehatkan minda. Menulis tentang kehidupan dan tentang kemanusiaan.

Berfikir tentang kehidupan dan masa depan. Mengimpikan seribu keindahan. Berjuta impian nak capai. Tapi nak dapat capai satu-satu impian itu bukan senang. Banyak sangat dugaan dan cabaran kena lalui. Namun percayalah dugaan Allah itu indah. Dia tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan kita.

Kadang-kadang kita rasa keseorangan, sedih dan kecewa. Kadan-kadang rasa tiada siapa yang ambil peduli. Sebenarnya Allah tengah rindu. Dia nak kita memohon dan merayu padanya. Allah menghantar ujian supaya kita matang dalam perbuatan dan pemikiran. Jadi ambillah peluang untuk memohon dan merayu pada Allah.

Allah itu maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang. Jadi mohonlah apa saja yang kita mahu dari dia. Kita hambanya. Allah sayangkan hambanya. 


Adesss... Macam ustazah la mak jemah petang ni. Kenapa teremosi begini ni ? Haaa.. Kadang-kadang bila sentap banyak plak idea yang datang. Ngehngehngeh.


Betul ke ni ? Macam tak percaya boleh menaip cerita begini. Huwaa... 

Oklah bye !


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.