4 Makanan Yang Menjadi Penggalak Metabolisma

Friday, May 17, 2019
Apa itu metabolisme? 
Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Jom kita tengok apakah 4 Makanan Yang Menjadi Penggalak Metabolisma 

1. Makanan Yang Tinggi Protein


Protein memerlukan tenaga yang banyak untuk dicernakan, jadi mengambil makanan yang berasaskan protein yang mencukupi dari semua jenis makanan dan makanan ringan boleh membantu meningkatkan pembakaran kalori. 

Pada asasnya, ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan yang tinggi protein. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengambil makanan yang tinggi protein, tidak kira sama ada dari sumber haiwan ataupun tumbuhan. Pilihan yang terbaik adalah termasuk ayam, daging tanpa lemak, telur, kekacang dan juga kacang.


2. Cili Pedas


Sekiranya kita sukakan pedas, satu bonus kerana "Capsaicin" adalah kimia yang terdapat dalam cili memainkan peranan untuk meningkatkan metabolisma. Penyelidik mencadangkan bahawa makan 135 - 150 miligram Capsaicin mungkin boleh menyebabkan pembakaran 50 kalori tambahan setiap hari.



3. Kopi Pahit


Kafein adalah perangsang sistem saraf pusat, dengan itu ia dapat membantu kita membakar lebih banyak kalori dan mungkin membakar lebih banyak lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa kopi boleh meningkatkan kadar metabolisma kita sehingga 11% sementara satu lagi kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil 270 miligram kafein setiap hari boleh membakar 100 kalori tambahan.

Namun harus diingatkan bahawa kesan kafein adalah berbeza kepada setiap individu. Orang yang sensitif dengan kafein harus berhati-hati supaya tidak melampaui batas. 270 miligram yang disebutkan di atas bersamaan dengan hampir 3 cawan kopi yang mungkin terlalu banyak bagi sesetengah orang.



4. Teh Hijau dan Teh Oolong


Selain kopi, teh juga boleh membantu dalam meningkatkan metabolisma tubuh. Kajian menunjukkan bahawa Teh Oolong boleh meningkatkan jumlah tenaga dalam tubuh kita sehingga 10% selama tempoh 2 jam dan teh hijau juga berkesan dalam meningkatkan pengoksidaan lemak.



Namun, kita perlu juga perlu bersenam


Makan makanan tertentu bukan satu-satunya cara untuk menguatkan metabolisma. Senaman juga perlu diamalkan untuk menggalak metabolisma. Metabolisma meningkat dengan ketara selepas melakukan jenis senaman yang sedikit berat.

Bagi kita yang ingin kekal sihat, cegas dan cantik perlu menjaga makan dan melakukan gaya hidup yang sihat dengan bersenam selalu. 


3 comments:

  1. Jaga pemakanan dan beraktiviti..terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Oh, makanan tinggi protein penggalak metabolisme ye? Baru tau tapi yang kopi hijau tu memang terbukti. Tiap kali minum awal pagi, lepastu terus nak masuk toilet.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.