Ramadhan - Day 4

Thursday, May 09, 2019


Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa. Bersahur ala kadar je hari ni. Nasi putih dengan kari daging mak mertua bagi dengan telur dadar. Air teh o panas. Air masak 2 gelas dan tak lupa suplemen harian Alfalfa Shaklee 5 biji semasa sahur tadi.

Semoga hari ni berjalan dengan lancar dan baik sekali. Semalam rasa penat dan mengantuk sangat. Balik rumah berbuka puasa di rumah mak mertua. Lepas berbuka kami balik rumah rehat kejap dan keluar balik sebab husband Kak Feni nak ambil beras di tempat kerja dia. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Kaya sangat dengan nikmat Allah bagi.

Beras ni, tiap-tiap 3 bulan sekali akan dapat. Majikan tempat husband Kak Feni buat zakat untuk pekerja dia. Jadi pasal beras untuk kami anak beranak memang tak risau. Tak pernah putus bekalan beras. Selalunya kalau dapat, Kak Feni akan letak dekat rumah mak mertua sebab kami makan di sana setiap hari. 

Rezeki kan luas. Syukur sangat-sangat dan nikmat apakah lagi yang kau dustakan ?

Salam Ramadhan yang ke-4. Semoga segala yang kita doakan, impikan, mahukan dimakbulkan Allah.


2 comments:

  1. salam ramadhn... 1st time datang sini, done follow blog feni. jemput singgah ke blog saya juga. terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.