Ramadhan - Day 2

Tuesday, May 07, 2019


Salam 2 Ramadhan. Entry santai-santai lagi petang ni. Semalam nak buat karangan panjang tak sempat sebab nak balik awal.

Hari ni bangun sahur dengan roti sapu dengan planta, telur masak separuh, susu kurma dan juga air milo. Hari pertama kami terbabas dan tak bersahur. Haha rasa lembik dan letih jer sepanjang hari.

Hari kedua alhamdulillah bertahan sampai berbuka. Tak sakit kepala macam hari pertama. Rasa lebih okey sebab bersahur. Berkat sahur mungkin. Kalau ada mek mesti dia bising sebab tak bersahur. Macam ni la kita kalau mak dah jauh.

Abang Aus tak bangun sahur pun. Jenuh kejut untuk bangun sahur tapi taknak bangun. Last-last ummi dengan abah jela yang bangun untuk bersahur. 

Sampai opis, bos tanya "u all selera ke makan pagi, pukul 4 pagi?". Kami ummi Islam dah biasa bersahur untuk berpuasa boss. Dapat pahala banyak kalau bangun sahur. Rugi tak sahur. Sahur boleh bangun awal, siapkan tugas-tugas yang tak sempat buat pada malam hari.

Mesti tidur awal kan ? Kami jawab, kalau letih tidur awal, tapi kalau dah biasa tidur lambat tak boleh jugak. Islam itu indah, jangan dipersulitkan. Doa yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Mana tahu asbab kita buat baik, ada orang yang tertarik untuk mendalami Islam. Banyak pahala yang akan kita dapat. Kalau ada peluang itu. rebutlah.

Kita umat Islam, walau tak mampu nak pergi berperang lawan musuh. Kita ada doa yang menjadi senjata terbaik. Berdakwahlah selagi kita mampu. Menjadi orang yang baik juga adalah salah satu dakwah.

Amar makruf nahi mungkar
Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah selalu. Salam ramadhan yang kedua.


1 comment:

  1. rasanya belum terlambat utk ucapkan selamat berpuasa... ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.