Bila Blogspot Dah Update Tukar Baru

Hari ni buka blog jadi macam lain. Dia suruh update baru. Baru je ni untuk Kak Feni. Blog orang lain taktahu pulak macam mana.



Gambar print screen tak clear pulak. Tak tahu nak guna apps apa untuk bagi cantik gambar.

Hurmm dia pun nak update juga. Benda lain asyik update, dia pun nak update supaya tak bosan dengan yang lama. Hahah pandai je Kak Feni.

Kebetulan hari ni Kak Feni dapat wasap dari seorang sahabat yang minta tolong ajarkan cara untuk berblog. Kak Feni pun ajarlah ilmu yang tahu. Nak kata pro sangat tu tak juga. Boleh share apa yang kita tahu. Nak tahu lanjut kena pergi belajar dengan yang lebih pakar. InshaAllah suatu hari nanti Kak Feni pun nak pergi.

Kak Feni pun masih dalam proses belajar dan belajar. Kak Feni tetap percaya dengan rezeki yang Allah bagi. Selagi kita ikhlas memberi, selagi itu Allah juga akan ikhlas memberi.

Betul, ada masa kita rasa macam dunia ini tak adil betul. Aku dah usaha macam-macam buat itu, buat ini tapi kenapa aku masih belum dapat apa yang aku nak ? Kadang-kadang kita rasa menyesal dengan apa yang terjadi. Namun bila kita berbalik pada Allah. Semuanya akan kembali tenang.

Bila kita buat blog ni, kena selalu update supaya orang tahu kita wujud. Itu adalah antara tips yang mentor Kak Feni selalu pesan.

Nak belajar SEO nak belajar teknik-teknik berblog ni baik kita pergi join kelas. Tak boleh belajar sendiri susah nak faham. Okey yang tu memang Kak Feni akui.

#KakFeniStory


4 Comments

  1. Betul. Balik kepada Allah SWT hati kembali tenang. Setuju kak... Berblog ni pembelajaran berterusankan.

    ReplyDelete
  2. dashboard blog abam kie masih yg lama. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Betul, sy pn slalu google teknik seo yg baru..baca sndiri lambat sikit

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !