5 Tips Didik Anak Bijak Bermula Dari Kandungan
Setiap ibu bapa inginkan anak yang sihat dan cergas. Kita sering menyediakan barangan material untuk anak-anak sedangkan untuk mendapat anak yang bijak harus dimulai dari dalam kandungan lagi.
Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mendidik bayi bermula dari dalam kandungan ibu.
1) Memberikan sentuhan
Ibu bapa harus memberikan sentuhan lembut pada bahagian perut ibu. Janin dalam perut akan merasai kasih sayang ibu bapanya melalui sentuhan. Menenangkan bayi melalui sentuhan.
Bayi akan berasa tenang dan selesa berada dalam kandungan sehinggalah tiba saat untuk dilahirkan. Amalkan secara konsisten.
2) Memberikan rangsangan suara
Sebagai ibu bapa yang baik harus menunjukkan contoh yang baik untuk anak dalam kandungan. Berbicara dengan anak dalam kandungan bagi menunjukkan kasih sayang kepada bayi. Gunakan bahasa yang baik untuk merangsang otak bayi. Dengarkan alunan zikir atau bacaan al-quran untuk yang muslim dapat menenangkan bayi.
3) Memberikan rangsangan berfikir
Ibu boleh cuba membuat latihan matematik atau ujian IQ bagi merangsang otak dan kecergasan bayi dalam kandungan.
4) Merangsang menggunakan visual
Cara visual kerja yang menggunakan otak kanan dapat memberikan pengaruh positif. Melatih otak kanan dengan cara mengambil gambar, melukis atau memandang pemandangan alam semulajadi sehingga bayi dapat merasakan apa yang anda rasakan. Ketenangan dapat meningkatkan IQ bayi.
5) Merangsang bayi menggunakan cahaya
Sebuah kajian yang dilakukan oleh Journal of the America Academy of Child & Adolescent Psychology mendapati bahawa cahaya redup yang didekatkan pada ibu mampu merangsang bayi. Misalnya cahaya daripada lampu suluh.
Elakkan daripada menggunakan cahaya yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu ketenteraman bayi. Apabila anda merasakan ada gerakan yang terhasil daripada dalam perut itu menunjukkan bayi memberi tindakbalas terhadap rangsangan cahaya.
Keinginan untuk memiliki anak yang bijak memerlukan kerajinan ibu bapa sendiri. Ia mesti dimulakan sejak awal terbentuknya janin di dalam rahim ibu.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !