Abang Aus Dah Nak Masuk Sekolah

Tuesday, October 11, 2016
Sedar tak sedar Abang Aus dah nak masuk 5 tahun dah. Nak masuk sekolah dah. Hari ini ummi dan abah dengan adik pergi daftar sekolah Tabika Abang Aus. Abang Aus seronok sangat bila dia nak sekolah.

Semalam ummi print borang daftar masuk Tabika Kemas. Semuanya Download kat internet je. Alhamdulillah Allah permudah segala urusan. Syukur sebab masih ada tempat kosong. Ikut syarat tempoh untuh daftar dah bermula dari bulan Jun hingga Oktober. 

Pagi tadi sebelum pergi daftar kena pergi ambil gambar pasport Abang Aus dulu. Abah pun tumpang sekali sebab nak renew lesen GDL.

Semuanya ummi abadikan disini untuk tatapan suatu hari nanti. Anak sulung nak sekolah. Mesti teruja sangat. Semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh, bijak dan berjasa untuk semua. Ummi dan semua orang sayang Abang Aus sampai syurga.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.