10 Langkah Mengatasi Mabuk Ketika Awal Kehamilan

Thursday, May 11, 2017


Alahan mabuk atau morning sickness sering terjadi kepada wanita hamil. Alahan ini tidak terjadi pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita mengalami morning sickness pada waktu petang atau malam atau terpaksa mengalaminya sepanjang hari.

Biasanya masalah mabuk ini akan beransur pulih setelah kandungan masuk ke trimester kedua. Tetapi ada juga yang mengalami masalah mabuk sehinggalah waktu melahirkan. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab masalah ini.

Perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau menimbulkan rasa mual dan loya. 

Berikut adalah langkah untuk mengatasi masalah mabuk ketika hamil yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah alahan ini.

1. Jangan terburu-buru bangun tidur.

Seeloknya untuk ibu hamil perlu mengambil masa untuk bangun dari tidur. Cuba duduk dahulu kemudian barulah bangun dan berdiri. Sediakan makanan ringan seperti biskut berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut kraker membantu mengurangkan rasa loya.

2. Makan 300-500 kalori sehari

Wanita hamil memerlukan 300-500 kalori sehari. Ibu digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap untuk memenuhi kepeluan nutrisi. Tidak digalakkan mengambil makanan yang banyak dalam satu masa kerana ini boleh membuatkan ibu berasa mual dan loya.

3. Tidak mengambil makanan yang meloyakan

Makanan yang berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid boleh menyebabkan ibu hamil cepat loya.

4. Ambil Peppermint Ginger Plus

Pengambilan Peppermint Ginger Plus membantu mengurangkan gejala morning sickness. Cairkan Peppermint Ginger Plus sebagai minuman herba mampu menaikkan mood ibu dan melegakan loya ketika hamil.


5. Banyakkan minum air

Ibu hamil perlu minum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi. Elakkan minum minuman yang berkafein dan berkarbonat.

6. Ambil protein

Mengambil makanan atau minuman yang tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual. Boleh amalkan ESP sebagai suplemen untuk ibu hamil.


7. Jangan makan dan minum serentak

Makanan dan minuman yang bercampur dalam perut secara tak langsung akan menyebabkan rasa loya.

8. Elakkan stress

Stress boleh menambahkan masalah loya. Sebaiknya ambil masa untuk rehat dan bertenang.

9. Mengambil vitamin B6

Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada menjadi lebih teruk. Boleh rujuk B-Complex untuk info lanjut tentang vitamin B.



10. Ubahsuai pengaliran udara

Aliran udara yang bagus membantu ibu hamil daripada terbau bau-bauan yang kurang enak seperti masakan. Jadi pastikan aliran udara semasa memasak dapat dikeluarkan dengan baik.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee dengan khidmat nasihat percuma ?

Boleh menghubungi Feni sebagai SID anda. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.