CARA BUAT MASKER ESP DAN VITAMIN E

Thursday, December 21, 2017
Hari sabtu lepas berpeluang untuk buat masker di rumah. Maklumlah lama sangat dah tak memanjakan muka ni. Dah naik berkerak dah muka ni. Jerawat pun dengan gembira dan bahagianya tumbuh. Adoiii macam mana nak cun ni ?

Okey next kita siapkan bahan-bahan untuk buat masker yang sangat mudah ni.

Jom tengok apa bahan-bahannya.

1. Air kosong
2. ESP
3. Vitamin E
4. Bekas, Feni gunakan mangkuk kaca je.
5. Sudu plastik untuk kacau

Air botol untuk menjamin kebersihannya.


2 Sudu ESP untuk penuhkan muka Feni yang agak bulat dan besar ni. Hehe


1 Capsule Vitamin E yang sangat bagus untuk melembabkan kulit kalau telan hari-hari.


Next kita gunting vitamin E untuk mengeluarkan isinya. Kemudian kacau rata hingga sebati. Nampak dak lutut si kenit tu. Nak buat makser punya pasal sampai naik atas meja. Adoi bertabahlah ummi.


Taraaa bila dah sebati antara 3 bahan tersebut boleh la terus tepek ke muka untuk buang segala kulit kering, white head dan black head yang melekat dimuka tu.

Oleh kerana Feni berada di rumah tidak memakai penutup kepala. Jadi kita ambik gambar model comel ini dengan masker penuh di muka. Orang yang paling sibuk ketika ummi nak buat masker. 


Alhamdulillah biarkan untuk beberapa ketika. Bila dah kering bolehlah cuci muka dengan air bersih kemudian lap. Bila dah cuci muka, kulit rasa lebih lembut dan lembab je. Jari jemari ni mula lah nak pegang je muka sebab rasa best dan tak kasar dengan wahite head dan black head yang macam kulit derian tu.

Nak cantik memang kena rajin. Rajin cuci muka, Rajin jaga muka dan juga kulit. Lebihkan makanan yang sihat untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu. 

Untuk dapatkan suplemen boleh kontek Feni ya. 

Safeni Feni +601115672780

No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.