JOM BUAT VISION BOARD UNTUK TAHUN 2018

Tuesday, December 19, 2017

Apa itu vision board ?
Papan impian yang kita nak capai untuk masa hadapan. Feni belajar buat VB ni setelah berjinak-jinak dengan bisnes online. Tak tahu apa yang nak capai sebelum ni. Bila kita ada VB macam ni kita tahu halatuju kita.

Alhamdulillah dalam proses buat VB untuk tahun depan. Banyak dah yang berjaya Feni capai dengan kuasa VB ni. Ia memang membantu. Orang kata bermimpilah sebab mimpi itu percuma. Bila masa impian itu nak capai kita serahkan semuanya pada yang maha ESA.

Apapun berbalik kepada Allah, kita hanya merancang dan Allah adalah perancang yang terbaik. Kalau tak berjaya ikut apa yang kita impikan, ambil lah masa untuk muhasabah diri.

Yayyy contoh VB Feni yang Feni share dalam group Feni.


Ini belum siap sepenuhnya cuma berbahagi ikut bulan je ni. Alhamdulillah hampir 80% siap. Untuk diri sendiri je bukan untuk orang lain. 

Nak buat VB ni kena ikut diri sendiri bukan ikut orang. Hidup kita jadi kita yang tentukan. Bila mentor suruh buat VB, kita buat. Buat dengan spesifik dan jangan bagi syarat. Buat apa yang kita mahu. Apa yang kita impikan. Bermimpilah. Mimpi yang indah-indah. Fikirkan yang baik-baik. Buat yang baik-baik dan hasilnya mesti baik-baik saja.

Mentor Feni selalu pesan, tulislah seribu impian yang kamu nak capai dalam hidup ini. Kau tulis dengan spesifik. Ikut konsep 1H5W.


Masukkan elemen-eleman 1H5W ni dalam VB kita. Tak payah pening-pening. Mula-mula just imagine je apa yang aku nak. Kemudian baru kita fikirkan step yang seterusnya.

Jom buat Vision Board ! Feni doakan semoga semua impian kita yang baik-baik akan dipermudahkan oleh Allah. Amin.



No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.