MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH

Monday, December 11, 2017
Alhamdulillah, hari ni Feni nak share tentang beberapa cara untuk menjemput rezeki dengan mudah. Ramai orang fikir rezeki itu berbentuk wang. Namun kita harus ingat bahawa rezeki itu banyak dan dalam pelbagai bentuk.

Mendapat kesihatan yang baik adalah rezeki. Mendapat ahli keluarga yang memahami satu sama lain rezeki. Anak-anak yang soleh rezeki. Macam-macam bentuk rezeki yang Allah bagi untuk kita.


4 FORMULA YANG BOLEH DIAMALKAN.


1. SYUKUR DAN REDHA (SABAR)

Bersyukur dengan segala ujian yang Allah bagi. Bila kita bersyukur dan bersabar, inshaAllah Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan merayulah pada yang Maha ESa.

2. BERSEDEKAH DAN KELUARKANLAH ZAKAT

Allah sangat suka kepada orang-orang yang suka bersedekah dan Allah akan memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

"tiadalah kurang harta sebab bersedekah." (riwayat muslim).

3. KETAKWAAN DAN MENYAMBUNG SILATURAHIM

Mengeratkan silaturahim sesama insan amat disukai oleh Allah.

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nesacya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Ath-Thalaq 65;2-3)


4.TIDAK BERBUAT DOSA (BANYAK BERISTIGFAR)

Semakin banyak kebaikan yang kita buat, semakin banyak pahala yang kita dapat. Biarpun sudah lama impiannya belum dicapai dan walaupun rezekinya masih belum bertambah. Banyakkan berzikir dan beristigfar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Alhamdulillah kalau kita selalu amalkan, buka sahaja rezeki mencurah-curah malah hati pun menjadi semakin tenang bila kita ingat Allah. Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Kita hanyalah peminjam. Diberi pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja Allah kalau Dia nak bagi Dia bagi dan Dia nak ambil pun bila-bila masa juga. Hanya dengan mengingati Allah hidup akan lebih tenang.

Jadilah insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.



No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.