BERBUKA PUASA DI HOTEL SHANGRI LA

Wednesday, May 30, 2018
Alhamdulillah Ahad 27/05/2018, aku berpeluang memenuhi jemputan untuk menghadiri Majlis Iftar bersama keluarga besar NRSB di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Berbuka puasa bersama keluarga besar kami memang seronok. Salah satu tanda bos nak ucapkan terima kasih dan mengeratkan hubungan antara bos dan majikan.

Feni sampai agak lewat dalam pukul 7.00 malam baru sampai. Masa masuk dekat lobby hotel dah nampak dah semua staff NRSB tengah bersantai menunggu yang lain-lain sampai. Alhamdulillah aku tak sampai awal. Kalau tak mesti tercongok sorang-sorang di situ.

Sampai terus kami ke dewan makan. Register nama dan di tunjukkan tempat khas untuk kami. Ambil tempat dan kami pun survey makanan yang nak dijamah sementara menunggu waktu berbuka. Mula-mula ambil makanan untuk berbuka sahaja sebab kami nak solat maghrib dulu.

Terdapat banyak hidangan yan disediakan di sini tapi lebih kepada masakan Timur Tengah.




Tak sempat nak berphoto banyak-banyak sebab masa memang terhad. Sibuk dok punggah makanan. Haha. Kali ni makan sampai kenyang. Perut padat dengan semua makanan tapi nasi sebutir pun tak masuk perut.

Hidangan secara buffet ni jadi kita bebas nak pilih nak makan apa. Kami siap plan awal-awal taknak minum air banyak sebab nak rasa semua makanan kat sini. Bukan senang bos nak bayor. Kita belasah habis-habisan. Keh keh keh.

Bos tengok pun puas hati sebab cakap kat kami tak rugi bawak u all makan. Haha. Kami ambil semua tapi dalam kuantiti yang sikit. Rasa semua makanan yang tak pernah rasa.

Mula-mula masuk dewan terdapat ruangan dessert di sebelah kiri. Terdapat berbagai jenis dessert di sini. Ada kek, kuih muih, puding, ais kacang dan juga ais krim. Di sepanjang ruangan ada sup-sup. Ada makanana Timur tengah. 

Untuk bahagian bakar pulak di luar dewan makan. Ada macam-macam jenis makanan yang digrill seperti daging, ayam, udang, tiram dll.

Memang puas hati lah kalau jenis yang memang hantu makan. Kami ni sebab berbuka puasa rasa sikit-sikit pun dah okey. Makan banyak-banyak kang tak boleh jalan balik pulak.

Pukul 9.00 malam, aku dah bersedia untuk pulang. Walaupun majlis sampai pukul 10.00 malam. Minta izin dengan bos dan maklumkan nak pulang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.