PENGALAMAN MENGUNDI PRU14

Tuesday, May 15, 2018


Ewah macam lah sebelum tak pernah kerja. Bos bagi cuti lama ditambah pulak dengan kerajaan baru umumkan cuti 2 hari. Isnin semalam pula terpaksa mengambil emergency leave sebab sakit perut yang teramat sangat. Muntah-muntah dan ceri beri. Adei mungkin kesan makan malam di Ampang.

Itulah kan, jangan terlalu gopoh nak makan. Disebabkan orang nak belanja kita pun pulun. Masa nak sampai kedai tu pun dah macam-macam cobaan dan dugaan dah tapi akhirnya sampai jugak. Setelah 4 kali berpusing-pusing tempat yang sama sambil terpaksa redah jem. Dengan anak-anak yang dok bergaduh dalam kereta sampai rasa putus angin nak makan. Series boleh mendatangkan mood yang kurang baik tapi berlapang dada jelah.

Sampai tempat makan pun dah takde mood nak makan. Satunya dah lewat makan, dua orang lain dah siap makan kita baru sampai memang spoil mood la. Kesian kat anak-anak sebab lapar nak makan. Jadi ummi dengan abah kena bertabahlah.

Kira macam hari ni hari pertama masuk kerja sejak kerajaan baru memerintah. Bak kata kawan aku, kita tetap macam ni jugak kan Feni. Kerja tetap kerja. Itulah kita golongan marheam.

Macam mana pun kalau tak kerja macam mana nak dapat sumber kewangan nak sara diri sendiri dan keluarga. Hidup perlu diteruskan dengan usaha yang lebih gigih.

TUJUH HARI BERCUTI


Apa yang aku buat selama 7 hari bercuti ?

Selasa : 08/05/2018

Hari ni masa berehat-rehat dengan anak-anak. Bos bagi cuti awal sehari sebab sangat bersemangat nak memangkah sempena PRU14. Suami kena kerja jadi tinggallah ummi dengan anak-anak duduk di rumah. Ummi siap-siap kemas beg dan siapkan diri serta anak-anak untuk pulang ke kampung. Oh ya kami mengudi di Gerik, Perak. Feni di ADUN Gerik dan suami di ADUN Lenggong.

Lepas maghrib baru en. suami sampai rumah. Masa tu kami anak beranak dah siap sedia untuk bertolak pulang. Tinggal abah saja untuk bersiap. Masa ni perut lapar sebab belum makan malam. Ingat nak makan dulu sebelum bertolak pulang.

Dalam pukul 9.00 kami bergerak dari Hulu Langat. Perjalanan dari Langat ke Tol Jalan Duta agak lancar, lepas je tol terus jam. Tak tahan rasanya bila kena jam ni. Sempat jugak buat live video di fb.



Masa ni memang sesak betul sebab ramai yang balik untuk mengundi. Meriah betul jalan raya. Nak sampai Rawang pun hampir 2 jam. Berhenti di R&R Rawang pukul 11.40 malam.



Sampai sini baru jumpa makanan. Menyesal pulak tak makan siap-siap sebelum bertolak tadi. Di R&R Rawang ni pulak kedai makan belum beroperasi lagi. Mujur ada lah beberapa food truck yang meniaga masa ni. Dapatlah kami makan ayam gunting dengan air teh tarik. Tu pun dah tinggal yang akhir-akhir sebab terlalu ramai orang beratur nak beli benda tu. Kami berhenti dalam setengah jam di sini. Cakap dengan En. Husban rugi pulak rasanya kita gerak awal. Dia cakap tak mengapalah kita jalan je.

Okey dalam pukul 12.15 kami meneruskan perjalanan. Sampai Slim River kami ambil keputusan untuk ikut jalan lama. Masa ni nak keluar pun memang padat dengan kenderaan. Perjalanan ikut jalan lama agak lancar walaupun banyak kenderaan. Kami masuk highway kembali setelah sampai di Simpang Pulai. Perjalanan masa ni dah semakin lancar hinggalah ke kampung.

Kami selamat sampai dalam pukul 5.00 pagi. Masa ni masjid dah mula pasang mengaji. Rindunya dengan suasana kampung. Semoga suatu hari nanti kami berpeluang menikmati nikmat kampung.


Rabu : 09/05/2018


Hari ni hari mengundi. Waktu mengundi adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Feni ambil keputusan untuk pergi tengahari sebab masa tu mungkin tak ramai orang. Namun anggapan Feni silap sebab masa pergi tu saluran 4, ramai sangat anak muda.


Ummi dengan abah berpecah sebab kami mengundi di pusat mengundi yang berlainan. Ummi di Sekolah Kebangsaan Adika Raja manakala En. Husban di Sekolah Kebangsaan Tawai. Ummi bawak anak-anak sebab nak ambik Cikni di Gerik.


Dakwat biru ni mula-mula nampak macam cair je. Bila lama-lama menjadi semakin hitam. Jenuh nak tonyoh bagi hilang.

Petang tu kami hanya lepak-lepak saja lah di rumah opah setelah habis mengundi sambil makan mempelam nyicah. Memang merecik habis.

Kami bertolak dari kampung selepas waktu maghrib. Sampai di rumah pukul 10.00. Perjalanan balik agak lengang sebab ramai yang belum balik agaknya.

Khamis : 10/05/2018


Kami bangun lambat hari ni sebab malam berjaga nak tahu keputusan PRU. Hahaha tunggu punya tunggu sampailah pukul 3.30 pagi. Masa ni baru rasa mengantuk. 

Bangun pagi dapat tahu keputusan PRU14 dan kerajaan baru istiharkan cuti umum dua hari. Makanya kami pun bergembira menikmati hari cuti.

Aktiviti hari ni dok melepak saja di rumah sambil layan anak-anak.

Jumaat : 11/05/2018


Hari ni ummi rajin memasak, hihi sebab Abang Aus request nak makan gulai ayam. Ummi masakkan gulai ayam versi Kelantan. Menu ringkas kami empat beranak hari ni ialah gulai ayam, ayam goreng, sambal hitam ikan bilis dan kicap. Takdak sayur sebab tak beli. Habis nasi satu periuk untuk hari ini.

Petang barulah keluar pergi rumah opah mereka. Lepak-lepak sana dan malam baru balik.

Sabtu : 12/05/2018


Hari ini abahnya kerja jadi tinggalkan kami tiga beranak. Aktiviti macam biasa, masak, mengemas, basuh baju, lipat baju. Rutin paling best ialah boleh tidur. Haha tapi cuaca agak panas sehingga tidur pun terganggu. 

Abah balik rumah selepas maghrib. Tayar motor pancit jadi ummi kena bawak kereta pergi rumah opah. 

Ahad : 13/05/2018


Aktiviti bergotong royong di rumah opah. Kemas-kemas belakang rumah hingga bersih dan simen baru. Mujur ada anak lelaki ramai. Boleh minta tolong. Kena kerah dulu baru jalan kerjanya.

Malam keluar makan beramai-ramai sampai aku sakit perut dibuatnya.

Isnin : 14/05/2018


Terpaksa ambik cuti kecemasan sebab tak tahan sakit perut. Dah bangun awal pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Bila fikir-fikir buatnya sakit perut atas motor, dahlah jauh pulak satu ke satu petrol pump. Jadi makanya bertambahlah satu hari lagi cuti. Ruginya sebab kena tolak cuti. Nak berjimat cermat cuti ni. Kalau tak nanti kena unpaid leave macam tahun lepas.

Hari ini kembali bertugas sebagai pekerja yang paling berdedikasi. Huk huk huk.

Sekian cerita pengalaman mengundi PRU14 kali ni. Suka duka ini aku catatkan hanya untuk mengenangkan kembali memori di kemudian hari.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.