CARA MENERAN YANG BETUL MEMUDAHKAN KELAHIRAN
Teknik meneran yang betul membantu melancarkan proses kelahiran. Cara meneran yang betul sangat mustahak supaya tempoh untuk bersalin tidak berlanjutan lama dan berjalan dengan lancar. ia juga boleh mengurangkan stres kepada bayi serta memberi manfaat yang besar kepada bayi dan ibu.
Si ibu perlu melakukan persediaan dan latihan sebelum bersalin.
Teknik pernafasan
Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan dengan lancar, ibu boleh mengikuti kelas antenatal sebagai persiapan sebelum bersalin. Pernafsan melalaui abdomen (deep berathing/abdominal breathing). Ibu akan digalakkan menarik nafas dalam dari ruang abdomen semasa kontraksi (bukan dari dada). Cara pernafasan abdomen yang betul boleh membantu mengalih perhatian si ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi dan sebaiknya menumpukan pperhatian kepada teknik pernafasan yang betul.
Tenaga
Proses meneran memerlukan tenaga. Ibu perlu berehat sebelum proses bersalin untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Ibu boleh berjalan-jalan sekitar wad supaya dapat mengurangkan tumpuan terhadap sakit. Sesetengah pakar perbidanan berpendapat bahawa berjalan semasa proses awal bersalin membantu mempercepatkan proses bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks boleh membantu proses bersalin.
Ambil makan ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Makanan yang boleh diambil ialah sperti roti, oat, buah-buahan atau minuman berkhasiat. Makanan ini untuk dijadikan sebagai alas perut bagi membekalkan tenaga untuk meneran.
Postur Badan
Postur badan memainkan peranan yang penting ketika proses kelahiran.
✿ Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
✿ Kedua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
✿ Bahagian belakang akan ditinggikan sedikit.
✿ Cuba pegang tumit atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.
Ikut Arahan
Mengikut arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat semasa proses bersalin. Teran apabila disuruh teran dan cuba bernafas seperti biasa apabila tiada konstraksi. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan untuk meneran setelah memantau kontraksi secara manual.
Cara meneran yang betul semasa bersalin ialah seperti berikut :
✔ Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
✔ Mata memandang ke arah perut.
✔ Tangan pegang pergelangan kaki.
✔ Elakkan mengeluarkan suara ketiaka meneran. Simpan tenaga semasa meneran.
✔ Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka tidak menjadi melibatkan bahagian dubur (anus).
✔ Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
✔ Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat.
✔ Teran dengan sekuat-kuanya selama mana yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh, kemudian curi nafas yang baru dan sambung teran sekiranya masih ada kontraksi).
✔ Rehat dan relas ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
✔ Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi
✔ Dengar arahan jururawat dan doktor.
✔ Elakkan mengeluarkan suara supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
Awas !!!
Bernafas laju akan membuatkan anda cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasa seperti asma sila beritahu doktor dan jururawat yang bertugas. Sediakan ubatan yang berkenaan dengan asma.
Thank you dear.
ReplyDelete