Hilang Idea

Thursday, June 30, 2016
Bila depan pc tiba-tiba takde idea. Bila tengah dok saje-saje mula lah bercabang-cabang idea datang nak menulis. Jadi untuk mengatasi masalah ni kena ada plan. Ewah.

Pastikan bawa buku nota kecil kemana saja. Sekarang ni dah tak susah dah sebab semua orang dah ada handphone kan. Bila dah datang idea nak menulis tu cepat-cepat tulis atau record kat handphone. Kalau malas nak tulis boleh cakap je.

Nanti bila dah duduk depan pc dengan selesa pasang balik apa yang di record tu. In sha Allah idea tadi tak hilang macam tu saja. Orang kata menulis ni memang senang tapi perlukan otak untuk berfikir. Jadi untuk mendapatkan idea bagi menulis sesuatu entry kita perlu banyak membaca.

Macam saya, saya suka membaca majalah-majalah ibu-ibu dan anak-anak. Saya suka membaca tips-tips keibubapaan. Maklumlah anak dah dua kan. Kita ni selalu buat silap dalam mendidik anak-anak. Kadang-kadang kita tak perasan pun kita salah. Bila ada ilmu sikit tu terus buat. Jangan tunggu lagi.

Berbalik kepada hilang idea tadi. Bila kita dah mula menulis point-point yang kita record tadi secara tak langsung mendatangkan idea untuk mengembangkannya. Ingat lagi tak masa sekolah dulu cikgu pernah ajar tentang isi-isi penting. Bila dah ada isi penting. Kita bolehlah mengembangkan isi-isi penting tersebut. Bukan susah pun.

Umur bukan alasan untuk jadi penulis yang baik. Tak jadi hebat pun tak mengapa. Janji apa yang kita tulis membawa manfaat kepada diri kita dan orang lain.

Jangan takut untuk menonjolkan diri dan jadilah diri sendiri. Hanya kamu yang mampu mengubah diri kamu.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.