AMALAN ROHANI YANG BIASA DIAMALKAN KETIKA SEDANG STRESS

Friday, August 18, 2017
Assalamualaikum. 

Hari ni Feni nak share tentang amalan rohani yang biasa Feni amalkan ketika berada dalam tekanan. Maklum sahajalah hidup zaman sekarang ni memang tak boleh lari dari perasaan tertekan atau stress.

Tak kira samada yang bekerja ataupun surirumah memang tidak akan lari dari segala masalah sebab ujian itu akan diberi ikut kemampuan hambanya.

Apa itu amalan rohani ?
Amalan rohani ialah amalan yang kita buat untuk dijadikan makanan untuk jiwa kita. Hidup tanpa amal maka sia-sia lah hidup ini. Amalan ini dibuat untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Esa kerana kita ni bukan siapa-siapa hanyalah hamba. Hamba kepada pencipta. Amalan rohani inilah yang mendekatkan kita kepada yang Maha Esa.

Bila stress Feni akan cuba kawal perasaan dan tarik nafas panjang-panjang kemudian lepas. Ini boleh mengurangkan perasaan stress. Kalu macam jiwa tak tenang tu Feni akan amalkan doa dan zikir supaya hati menjadi tenang.

Amalan rohani yang boleh diamalkan ketika stress atau bila-bila masa ialah :

1. Zikir
2. Solat sunat dhuha
3. Sedekah
4. Baca Al-Quran
5. Buat baik dengan ibu bapa
6. Buat baik dengan keluarga
7. Layan anak-anak dengan penuh kasih sayang

Bila hati tenang fikiran pun boleh berfikir dengan waras dan rasional. Terbaca tentang tekanan perasaan ni memang boleh buat jiwa kacau bilau sehingga boleh memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kalau boleh hidup kita ni janganlah menyusahkan orang lain terutama orang yang kita sayang seperti keluarga kita. Tentu mereka nak tengok kita bahagia kan.

Apapun kembalilah kita kepada Maha Esa. Dia yang menjadikan ujian itu sebagai tanda kasih sayangnya kepada kita. Ingatlah yang ujian itu sebenarnya tanda Dia rindu. Disebalik ujian itu ada hikmah yang tersembunyi. Muhasabah segala kekurangan diri.


No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.