APA YANG SAYA PALING TAK BOLEH KAWAL NAFSU BILA SHOPPING - Blog Safeni Feni

August 19, 2017

APA YANG SAYA PALING TAK BOLEH KAWAL NAFSU BILA SHOPPING

Bila shopping benda yang Feni tak boleh nak kontrol nafsu ialah bila tengok baju atau shawl yang lawa-lawa. Tak kisahlah harganya mahal ke murah ke. Janji boleh beli.

Feni tak kisah pasal harga, yang mahal lagi best kan. Hahaha macam kaya sangat.

Perempuan memang tak boleh lari dari nak melawa. Selain baju, handbag, jam dan barang kemas. Koleksi baju paling banyak. Barang kemas pun ada la sikit-sikit sebagai perhiasan diri.

Barang mekap pun tak banyak. Hanya yang asas-asas je ada. Bedak muka, pelembab muka dan pelembab bibir. Muka pun nak berseri kan. Tak suka mekap tebal-tebal sebab takut kalah hantu kak limah pulak.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.