6 JENIS DIET YANG MEMBANTU UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

Wednesday, September 13, 2017

Menurut laporan akbar di atas menunjukkan Malaysia adalah negara orang gemuk apabila Menteri Kesihatan mengumumkan seramai 16.8 juta penduduk alami masalah kegemukan. Ini boleh menyebabkan masalah obesiti yang sangat bahaya untuk kesihatan. Jom amalkan 6 JENIS DIET YANG MEMBANTU UNTUK KURUS DENGAN CEPAT :- 





1. Amalkan buah-buahan

Mengambil buah-buahan secara terus atau dijadikan jus sebagai salah satu cara untuk kurus. Buah-buahan sangat tinggi kandungan serat dan membantu untuk mengenyangkan. Ia juga kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dan rendah kalori. Sesuai dijadikan snek ketika perut terasa lapar.


2.  Minum Susu

Kajian di Universiti Tennesse menyebut bahawa kandungan kalsium dalam produk susu dapat menurunkan berat badan. Mereka yang mengamalkan susu dalam menu diet terbukti mengalami banyak penurunan berat badan jika dibandingkan dengan mereka yang tidak minum susu. Saat tubuh menyerap kalsium dalam susu, jumlah calcitriol menurun menyebabkan berkurangnya jumlah simpanan lemak dalam tubuh dan mempercepatkan pembakaran lemak.



3. Salad Membantu Menurunkan Berat Badan

Mengambil salad secara konsisten, berat badan berpotensi untuk turun sehingga 33 % hanya dalam masa 6 bulan. Menurut Journal of Clinical Nutrition, cara termudah untuk turunkan berat badan dalam tempoh yang singkat ialah dengan mengamalkan salad. Seandainya mengamalkan diet rendah kalori, niat untuk turunkan berat badan lebih mudah untuk dikecapi. Bahkan diet jenis ini adalah lebih berkesan daripada mengamalkan rendah lemak semata-mata.


4. Makan Makanan Yang Tinggi Serat

Serat biasanya diklasifikasikan dalam dua kategori iaitu serat yang tidak larut dalam air dan serat yang larut air. Diet tinggi serat memiliki banyak manfaat seperti dicatatkan Mayoclinic. Antaranya ialah menormalkan gerakan usus, menjaga kesihatan usus, menurunkan kadar kolesterol darah dan membantu mengawal gula dalam darah.



5.  Banyakkan Makan Nenas

Nenas adalah salah satu buah yang bebas kolesterol dan lemak. Dalam buah ini terkandung sekitar 85% air. Sisanya terdiri daripada vitamin, serat, antioksidan dan mineral. Memakan nenas juga boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.



6. Minyak Ikan bantu Turunkan Berat Badan

Kandungan asid lemak omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga. Suplemen minyak ikan omega 3 seperti Omega Guard menjadi suplemen semulajadi yang efektif untuk membantu penurunan berat badan jika digabungkan dengan senaman.



TESTIMONI OMEGA GUARD DALAM MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN






Berminat untuk mendapatkan Minyak Ikan Terbaik Dunia atau Omega Guard bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com




No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.