BERUBAHLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA

Tuesday, September 05, 2017
Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melalui banyak sangat dugaan untuk lebih mematangkan diri. Alhamdulillah syukur Allah telah beri hidayah terlebih awal. Bila berborak-borang dengan sahabat tentang aurat, sangat malu dengan diri sendiri. Dulu betapa jahilnya aku.

Bila melihat gambar-gambar lama alangkah malunya. Berpakaian tidak seperti seorang muslimah sejati. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek. Betapa aku mempersendakan tentang aurat itu. Hari ini, Allah bagi hidayah supaya terus berubah ke arah kebaikan. Semoga aku terus istiqamah.

Mujur dulu aku tidak terlalu gemar untuk menonjolkan diri di media sosial. Status pun hanya berkisarkan tentang diri sendiri dan keluarga. Betapa tulisan aku dulu terlalu mengikutkan emosi dan hanya pentingkan diri sendiri. Hari ini aku belajar erti kehidupan bahawa hidup ini bukan tentang kita sahaja.

Banyak benda yang perlu kita hadapi untuk mencapai apa yang kita impikan. Alhamdulillah Allah sentiasa dengar doa-doa hambanya. Cuma Dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengabulkan segala permohonan hambanya.

Aku yang hina. Sentiasa lupa dan leka namun sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik. Terima kasih dengan nikmat ini.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.