7 TIPS BERPANTANG TANPA MEROYAN
1. APA ITU BERPANTANG ?
Berpantang bermaksud sesuatu yang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan bagi wanita yang baru lepas bersalin. Mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu dalam tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Tempoh berpantang ini juga adalah satu proses pemulihan diri dan emosi ibu.2. KENAPA PERLU BERPANTANG?
Pantang sangat penting untuk ibu kerana badan orang perempuan ni nak pakai lama. Berpantang bagi mengembalikan kecergasan diri sebab semasa bersalin ibu banyak kehilangan darah dan tenaga. Berpantang adalah tempoh untuk badan berehat. Makan makanan yang berkhasiat untuk mengembalikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Berpantang juga membantu mengelakkan meroyan atau post natal blues dikalangan ibu yang baru lepas bersalin.3. AMALAN BERPANTANG
Antara amalan berpantang yang sering diamalkan oleh ibu-ibu ialah :-
A. Mandi Herba
Mandi dengan mandian herba iaitu campuran daun-daun herba serta akar kayu yang direbus sehingga masak untuk membantu proses pemulihan selepas bersalin.B. Bertungku
Amalan bertungku sangat bagus untuk ibu bagi memanaskan badan. Bertungku dengan batu sungai atau besi yang dipanaskan sangat bagus untuk mengecutkan rahim yang kembang selepas bersalin. Proses bertungku juga membantu mengeluarkan darah nifas yang masih melekat di dalam rahim ibu.C. Berurut
Ini adalah amalan turun temurun terutamanya masyarakat Melayu. Berurut membantu dalam melancarkan perjalanan darah. Memecahkan lemak-lemak yang degil serta membetulkan urat-urat yang tersimpul. Berurut dengan mak bidan yang terlatih sangat membantu dalam membetulkan kedudukan rahim.4. BERBENGKUNG
Berbengkung setelah mandi dan berurut membantu dalam mengembalikan bentuk badan kepada asal. Lepas bersalin keadaan perut menjadi geleber kerana bayi dah selamat keluar. Kebaikan berbengkung ialah mengempiskan perut dan memudahkan pergerakan semasa dalam pantang.5. MAKANAN DALAM PANTANG
Ibu digalakkan supaya makan makanan yang berkhasiat supaya dapat memulihkan luka dan kembalikan kecergasan semasa dalam pantang. Elakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk seperti buah jambu batu, tembikai, labu, petola dan sebagainya.
6. PANTANG LARANG KETIKA DALAM PANTANG
1. Jangan tidur tidak berbantal untuk mengelakkan sakit kepala. Ini juga untuk mengelakkan darah kotor susah nak keluar. Bila darah kotor tak keluar boleh menyebabkan MEROYAN.2. Pakai stoking untuk mengelakkan angin masuk badan. Kaki yang terdedah juga boleh menyebabkan badan mudah sejuk dan masuk angin.
3. Jangan duduk mencangkung. Wanita dalam pantang dilarang duduk mencangkung sebaiknya duduklah di kerusi khas dalam pantang. Nak buang air kecil atau besar digalakkan duduk di tandas duduk.
4. Mandi di bangku
Menggunakan bangku yang sesuai ketika mandi. Seeloknya gunakan bangku yang tinggi supaya senang nak bangun dan duduk. Elakkan mandi berdiri untuk mengelakkan kecederaan.
5. Rapatkan kaki bila tidur. Sentiasa rapatkan kaki ketika tidur.
6. Jangan terlalu aktif semasa tempoh berpantang. Mintalah suami atau penjaga untuk melakukan kerja-kerja rumah. Ibu harus menggunakan waktu berpantang untuk berehat secukupnya.
7. Jangan tidur ketika matahari sedang naik.
8. Elakkan bersama suami ketika dalam pantang.
7. TERM-TERM DALAM PANTANG
✅ Meroyan, post-natal depression-psikosis puepera - kelakuan aneh sebagai kesan emosi yang dialami selepasa bersalin. Biasanya menyerang ibu yang bersalin anak pertama.
✅ Luka Episomi-Luka bersalin
✅ Bentan - Berbalik sakit. Kalau terkena bentan, ibu kena berpantang semula.
SUPLEMEN BERPANTANG
Semasa berpantang ibu digalakkan mengamalkan suplemen untuk membantu proses penyembuhan dengan cepat serta mengembalikan kecergasan semasa berpantang. Pengambilan suplemen boleh diamalkan bermula dari awal kehamilan sehinggalah ke proses berpantang dan menyusu. Suplemen mengandungi vitamin penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu. Jamu lebih bersifat panas untuk ibu dan juga boleh memudaratkan bayi.SET BERPANTANG ni sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin normal ataupun ceaser.
Antara kebaikan Set Berpantang ini ialah :-
✅Membantu menguatkan dan mengecutkan rahim
✅Memberi tenaga sepanjang tempoh berpantang
✅Pengeluaran susu badan meriah (milk booster)
✅Suplimen untuk membantu menstabilkan emosi (anti-stress)
✅Membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
Berminat untuk mendapat SET BERSALIN SHAKLEE ini bolehlah menghubungi Feni.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !