EPISOD MAKAN-MAKAN IKAN BAKAR PAK DIN TANGLIN

Wednesday, September 06, 2017
Hari ni muka senyum lebar sebab boleh terlepas pergi makan jauh-jauh sikit dari opis. Haha. Sebenarnya kami dah plan dari semalam nak pergi makan ikan bakar di Tanglin. Nak pergi sana kena ada transport sebab takde pengangkutan awam Teksi adalah.

Jadi hari ni kami bertiga Mak Jemah, Kak Diana dan Nadia pergi dengan kereta Nadia. Nadia yang drive. Macam formula one macam mana tu. 


Jalan agak lancar sebab kami keluar awal. Mak Jemah nak duduk belakang sebab nak feeling like mem githewww. 

Sampai situ kami tengok ramai dah orang beratur nak ambil nasi. Mak Jemah first time makan kat sini. Kak Diana yang dah berkali-kali makan yang dok tunjuk itu ini. Rupanya nak ambik ikan bakar kat belakang kedai. Banyak meja disediakan di belakang. Kami pun beratur tunggu meja sebab masa sampai tu memang dah ramai orang. Alhamdulillah ada satu meja kosong.

Kami ambil nasi separuh je konon nak makan sikit. Pilihan kami ialah ikan kembung  bakar dan ikan pari bakar. Yummy. Mulanya ambil satu satu je. Kemudian bila dah makan rasa macam tak cukup. Nasi dah habis. Pergi ambil pulak ikan pari untuk ratah. Dia punya sos, memang terbaik.

Gambar ikan bakar tak sempat nak ambik sebab perut dah lapar. 

Nahhhhh gambar pinggan yang dah licin.


Sebelum balik berphoto dulu sebagai kenangan. Thanks to Kak diana sebab suggest tempat best ni. Lainkali boleh pergi lagi. Perjalanan dari opis ke sini tak lama pun dalam 10 ke 15 minit je. Masa balik je lambat sikit sebab ada eksiden kat highway. Tapi bersyukur jugak jem kalau tak nadia bawak macam nak race. hukhukhuk.




 Apapun thanks to Kak Diana dan Nadia sebab sudi makan dengan Mak Jemah. Sebelum balik sempat beli buah-buahan yang dijual kat situ. Memang meriah la tempat ni. Sekali sekala nak ubah angin kan best. Lenkali boleh bodek bos makan kat sini. Kehkehkeh kalau berjaya la.





No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.