CUTI-CUTI MALAYSIA - LOST WORLD OF TAMBUN IPOH PERAK 25/08/2018

Thursday, August 30, 2018
Alhamdulillah Kak Feni nak sambung lagi cerita cuti-cuti Malaysia yang sememangnya tidak dirancang oleh Kak Feni. Kami dapat pergi ni pun sebab Kak Ina dan Abang Chik yang dah book tiket awal-awal.

Selepas kami berjimba-jimba di Gunung Lang. Kami makan tengahari di foodcourt Giant Tambun. Boleh tahan sedap makanan di sini dan harganya juga lebih murah berbanding dalam Lost World.

Kami tiba di Lost World dalam pukul 3.00 macam tu. Kena ke kaunter khas bagi mendapatkan gelang pass nak masuk tu. Haha gelang pass weh (taktahu nak panggil apa).



Dah selesainya urusan memakai gelang pass masuk. Kami masuk ke dalam dunia kehilangan (Lost World). Betul ke hah ? Anak-anak memang teruja sangat bila nampak kolam mandi yang besar. Tak sabar-sabar nak mandi.

Kami mulakan dengan aktiviti pertama iaitu nak tengok show haiwan di sini. Sebelum tu singgah bergambar di depan rumah hantu. Nak masuk rumah hantu ni ingatkan free rupanya kena bayar RM9.60 untuk seorang. Hahaha makanya kami dengan muka gembiranya tak masuk sebab banyak lagi tempat nak pergi. Kak Feni memang takkan masukla tempat macam ni sebab memang penakut bab hantu-hantu ni, tak tengok pun tak apo lah. Dalam hati lega sebab tak payah masuk wei. 

Tak dapat masuk, boleh bergambar dengan hantu pon okeylah.



Selepas tengok pertunjukan haiwan dan harimau ni kami meneruskan perjalanan untuk keliling tempat ni. Sementara nak tunggu teduh sikit baru nak mandi. Mandi kolam tengah panas boleh buat demam. Kesian dekat anak-anak. Kita mak pak yang tua ni kena berakal sikit noh !



Di sini kita boleh mendulang. Anggap jela kita tengah mendulang emas. Orang dulu-dulu nak dapatkan hasil bumi seperti bijih timah, perak atau emas kena mendulang. Kita boleh cuba dan rasai macam mana untuk mendulang.


Dalam kolam ni kami jumpa ikan haruan kecil. Riuh rendah sebab dapat tangkap ikan dengan dulang tu. Tapi ikan tu bijak. Dia melompat dengan bahagianya keluar  untuk melepaskan diri. Kalau stay pun kami takkan bawak balik, mesti lepaskan balik. Saja seronok dengan anak-anak.



Oh ya sebelum Kak Feni terlupa. Untuk warga emas atau OKU yang memerlukan kerusi roda. Perkhidmatan sewa kerusi roda ada disediakan di sini. Macam TokMek yang tak larat nak jalan ni. Kami sewa satu kerusi roda untuk dia. Sewa kerusi roda RM18.80. Seronoklah TokMek sebab tak perlu jalan jauh. Dok atas wheelchair, anak cucu pakat tolak.

Kemudian lokasi seterusnya, kami menuju ke tempat badak air tapi hampa sebab tak dapat nak tengok badak air. Tak nampak pun badak air. Menyorok ke apa tak tahu. Besar sungguh tempat ni. Kami macam biasa tak sempat nak tawaf semua. Hanya yang penting saja kami sempat pergi. Memang banyak gila aktiviti yang kita boleh buat di sini. 


Kami sampai di sini agak jauh jugak kalau nak patah balik ke tempat mandi manda. Kebetulan masa tu ada keretapi yang meronda tu. Kami pun terus naik keretapi. Kesian dekat TokMek sebab duduk je atas kerusi roda tu. Anak-anak paling seronok sebab dapat merasa naik keretapi ni.


Bila dah sampai kami main dulu beberapa permainan yang ada di bawah ni. Nasib baik sempat main sebab pusingan terakhir ialah pukul 6.00 petang. Lepas pukul 6.00 dah tak boleh main. Dah tutup.




Dah habis waktu untuk main segala permainan kami bersedia untuk mandi manda. Anak-anak dah get ready tukar baju mandi. Kat sini kena pakai baju mandi yang sesuai ya. Kalau tak depa bising itup wisel. Hahaha. 



Siap tukar baju semua terus tak sabar nak menyejukkan badan di dalam kolam. 




Di sini seronok sebab ada macam-macam kolam dan sangat besar. Kolam air sejuk ada. Kolam air panas (hotspring) pun ada. Bagi kita yang dewasa ni syok mandi dekat air panas. Rasa badan banyak angin memang best sangat mandi air panas. Feeling macam mandi suana dan berada di spa gitew.



Seronok mandi sampai malam. Anak-anak paling seronok sebab boleh mandi sampai puas. Pukul 9.00 malam kami dah siap untuk bersedia untuk tengok pertunjukan.

Badan dah penat sangat sampai dah lupa untuk berphoto. Adik Rayyan lepas mandi dan makan terus lena atas pangku. Habis show pukul 10.00 malam kami pun bersurai beramai-ramai. Balik ke lubuk masing-masing. Abang Chik and family terus balik KL. Kami pula terus ke Manjung. Esoknya baru bertolak balik KL.

Percutian ini di sponsor sepenuhnya oleh Abang Chik and Kak Ina.

Ni adalah kali kedua Kak Feni pergi Lost World, masa first time pergi dulu zaman anak dara. Tak kahwin lagi. Masa tu tempat ni masih baru. Memang cantik dan semuanya nampak baru. Sekarang ni banyak dah tak cantik dan lusuh tapi ia diselenggara dengan baik. Kira macam terjaga lah.

Memang puas berjalan sungguh tahun ni. Lepas ni ke mana pula kita ? Tunggu plan bulan September nak ke Cameron Highland, Pahang.

2 comments:

  1. Lama tak pergi Lost World.. memang puas main dan mandi kalau ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni pun last tahun 2010 sebelum kahwin datang sini. Dulu datang semua benda baru. Sekarang dah banyak yang lusuh dan ada yang tutup.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.